Siakap Keli
Kredit gambar: Uncle Kentang

Uncle Kentang Terharu, Ada Rider Foodpanda Sanggup Sedekah RM100 Walaupun Diri Sendiri ‘Penat’ Cari Rezeki

Bagi sesiapa yang bekerja sebagai penghantar makanan (delivery rider) macam Grabfood, Foodpanda, Bungkusit dan sebagainya, pasti mereka rasa bukan mudah nak cari duit ketika musim COVID-19 ini.

Ekonomi kan tengah terjejas, sedikit-sebanyak ia turut menjejaskan juga pendapatan rider ini kerana order makanan boleh jadi berkurangan sedikit berbanding dahulu.

Jadi kalau sehari tu boleh dapat kumpul sampai RM100 pun, itu dah kira besar sangat dah tu, kan?

Tapi tahukah anda, di tengah-tengah kesempitan ini, ada juga rider yang sanggup ‘lepaskan’ sejumlah besar duit ‘fare’ delivery nya untuk tujuan sedekah? Ya, masih ada.

Ikuti cerita yang dikongsikan ‘tauke’ kebajikan, Encik Kuan Chee Heng atau Uncle Kentang ini.

Kredit gambar: Uncle Kentang

Rider yang sangat mulia..

Aku tengah makan malam. Tiba-tiba beliau datang ke meja aku, lalu bertanya aku, “Kamu Uncle Kentang?”. Saya jawab, “Ya”.

Terus dia hulurkan dengan tangan beliau dan beri saya RM100 sekeping. Terkejut aku. 

“Untuk apa ni adik?”

“Berilah pada sesiapa yang perlu,” ujar adik Foodpanda ini lalu beliau bergegas ke motosikal bawa makanan, mungkin nak dihantar.

Saya cuba mengambil foto beliau, tapi beliau lagi cekap dan laju bawa motosikal beredar dari situ.

Sekejap beliau sudah hilang dalam kegelapan malam, tetapi ia tetap membawa sinaran kepada negara kita.

Anak muda yang penat membuat penghantaran makanan sanggup derma RM100 kepada mereka yang lebih susah daripada beliau.

Adik, kami doakan kamu selamat di jalan raya, dunia dan akhirat. Inilah rider Foodpanda yang amat awesome. Baik hati dan mulia orangnya. 

Saya akan beli makanan dan agihkannya kepada pakcik di PJ.

“RM100 tu banyak untuk rider..”

Sementara itu, ramai juga netizen yang mengikuti perkongsian hantaran ini menyatakan luahan hati masing-masing tentang kebaikan rider tersebut.

Ada yang menganggap, pengorbanan rider ini sangat berharga kerana RM100 itu bukanlah nilai yang kecil sebenarnya untuk mereka.

Malah ramai juga yang mendoakan agar rider ini dimurahkan rezeki olehNya.

“Dia tahu sumber mana dia nak hantar..”

Kata netizen ini, rider tersebut tahu bahawa duit hasil titik peluhnya itu jika disalurkan ke tempat yang betul, mungkin dapat dimanfaatkan untuk membantu mereka yang memerlukan.

Ada juga netizen yang bertanya tentang berapakah kadar anggaran pendapatan buat kerja Foodpanda ini, kerana baginya dia tidak menyangka rider tersebut sanggup korbankan gajinya sendiri demi kebaikan orang lain.

Maka komen tersebut dibalas oleh seorang netizen lain, dipercayai salah seorang rider Foodpanda juga dengan menyatakan paparan pendapatannya.

Agak mengejutkan, walaupun sekadar ‘menghantar makanan’, namun pendapatan yang diperolehinya untuk tempoh sebulan adalah lebih RM4,000.

Mungkin ini salah seorang rider yang betul-betul kuat cari rezeki.

Apa-apa pun, pengajaran yang boleh diambil daripada kisah rider Foodpanda ini adalah walaupun kita tahu apa yang ada dalam tangan kita ‘tidak seberapa’, tapi yakinlah dengan keajaiban bersedekah.

Mungkin kita tidak tahu, apa pula yang ‘menanti’ selepas itu. Rezeki itu kan salah satu rahsia Allah.

Sumber: Uncle Kentang

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'