Siakap Keli
Gambar Via Daily Mail

(Video) Detik-Detik Meteor Memasuki Atmosfera Bumi, Melintasi Langit Di Brazil

Satu rakaman telah menyaksikan momen-momen meteor terang yang melintasi langit di Brazil dan meletup, lapor Daily Mail.

Fenomena itu dirakam oleh Heller and Jung Space Observatory pada Isnin lalu ketika meteor itu memasuki atmosfera bumi.

Sistem pengawasan pusat itu terletak di bandar Taquara. Meteor tersebut dicatatkan meletup sekitar 462 batu jauhnya dari sempadan antara Rio Grande do Sul dan Uruguay kira-kira pukul 2.31 pagi waktu tempatan.

Pengarah wilayah selatan Jaringan Pemantauan Meteor Brazil, Carlos Fernando Jung mengatakan bahawa meteor itu memasuki atmosfera pada ketinggian 64 batu dan bertahan 1.05 saat sebelum meletup di 58.7 batu di atas permukaan.

“Dengan kejatuhan meteor berukuran tinggi ini, terbukti bahawa jumlah meteor berukuran tinggi terbesar telah berlaku tahun ini sejak 2016 ketika balai cerap mula beroperasi di Rio Grande do Sul,” katanya.

Letupan meteor itu mencatat magnitud -7 darjah cahaya. Oleh kerana nombor 0 adalah titik rujukan yang ditetapkan pada skala, ia akan menunjukkan hasil negatif yang sama dengan kecerahan meteor yang lebih besar.

Heller and Jung Space Observatory telah mendaftarkan lapan meteor berskala tinggi yang meletup di atmosfera bumi di Rio Grande do Sul pada tahun 2020.

Sumber: Daily Mail

Jom tengok video di Youtube Siakap Keli dan subscribe

Sofea

There's always another side to every story