Siakap Keli
Gambar via @firanisafitra (tik tok)

(Video) Wanita Tak Sangka Dilamar Jiran, Rombongan Lelaki Hanya Jalan 5 Langkah Masuk Meminang

Jodoh setiap orang telah ditentukan sama ada jarak jauh atau dekat. Setiap orang mempunyai jalan cerita tersendiri bagaimana cara bertemu partner hidup masing-masing. Tetapi tiada siapa sangka jodoh yang ditunggu selama ini hanya mengambil lima langkah dari rumah.

Menerusi sebuah perkongsian video yang viral di TikTok tentang Rani Safitra dan bakal suaminya, Afan di mana rombongan pihak lelaki hanya mengambil lima langkah ke rumah bakal pengantin perempuan.

@9755xtr

Selamat ya guize:) @firanisafitra @afanfandiari

♬ … is sweaty – Kellan

“Saya berkenalan dengan Afan pada tahun 2018 selepas dia datang ke rumah terbuka salah seorang ibu saudara saya,” kata Rani.

Rani Safitra juga tidak menjangkakan bahawa jodohnya selama ini berada di hadapan rumahnya. Bukan itu sahaja, pasangan tersebut tidak perlu bersusah payah untuk berkomunikasi seperti pasangan yang lain malah mereka hanya saling menyapa dari rumah masing-masing.

Disebabkan kerisauan mengenai hubungan mereka, kedua-dua belah pihak bersetuju untuk mengahwini mereka. Pasangan tersebut memutuskan untuk mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2021.

Sumber: Tribun News

Nabila

Memilih untuk menjadikan pena sebagai duri yang memberi manfaat kepada manusia