Siakap Keli
Gambar via Google

Wajib Tahu Faktor Dan Cara Merawat Secara Semula Jadi Jika Anda Sering Menghidapi ‘Mata Ikan’

Setiap daripada kita pasti pernah merasai kesakitan akibat ulser mulut atau lebih dikenali sebagai mata ikan seperti bahagian pipi, lidah serta gusi. Tetapi tahukah anda, bagaimana ulser mulut terjadi? Ulser mulut kebiasaanya berlaku di dalam mulut menyebabkan ketidakselesaan individu dalam melakukan perkara seperti kesukaran untuk makan, minum dan bercakap.

Ulser mulut bukanlah suatu penyakit yang kronik malah boleh dirawat dengan bantuan ubat beserta nasihat doktor. Pada masa yang sama, bahan-bahan yang terdapat di rumah anda sendiri dipercayai mampu untuk merawat serta mengubati ulser mulut.

Ikuti perkongsian Hello Doktor dibawah.

Berapa lama ulser mulut biasanya berlaku?

Sebilangan besar ulser di dalam mulut akan sembuh secara sendiri dalam masa beberapa hari atau minggu, bergantung pada saiz dan tahap keparahan. Jangan risau! Beberapa rawatan dapat membantu mempercepatkan proses penyembuhan dan ia juga boleh dilakukan di rumah!

Ini cara-cara rawatan semula jadi merawat ulser:

  1. Garam

Kadangkala, cara termudah untuk merawat masalah ulser hanya dengan menggunakan garam!

Cara penggunaan:

  • Larutkan 1 sudu teh garam dalam 1/2 cawan air suam
  • Kumur larutan ini selama 15 sehingga 30 saat, kemudian buangkannya
  • Ulanginya setiap beberapa jam mengikut keperluan
  • Membilas mulut dengan air garam mampu menjadi salah satu cara semula jadi dalam merawat masalah ini, walaupun menyakitkan, ia dapat membantu mengeringkan ulser mulut.
  1. Soda penaik

Bahan ini dianggap dapat mengembalikan keseimbangan pH dan mengurangkan masalah keradangan, yang dapat menyembuhkan ulser mulut.

Cara penggunaan:

  • Larutkan 1 sudu teh baking soda dalam 1/2 cawan air
  • Kumur larutan ini selama 15 sehingga 30 saat, kemudian buangkannya
  • Ulangi setiap beberapa jam mengikut keperluan

Baking soda tidak akan membahayakan kesihatan anda jika ditelan, tetapi ia berasa sangat masin, jadi pastikan anda bersiap-sedia untuk menghadapi rasa tersebut ya!

  1. Madu

Madu terkenal dengan elemen antibakteria dan antiradang. Menurut kajian, madu berkesan untuk mengurangkan sakit, mengecilkan, dan meredakan kemerahan ulser.

Cara untuk menggunakannya cukup senang, hanya sapukan madu pada tempat yang sakit 4 kali sehari.

Namun, anda harus beringat kerana tidak semua madu diciptakan sama. Sebilangan besar madu yang terdapat di kedai runcit telah dipasteur pada suhu tinggi, yang merosakkan kebanyakan nutrien. Madu yang tidak dipasteur dan tidak ditapis, seperti madu Manuka akan mengekalkan sifat penyembuhannya.

  1. Minyak kelapa

Penyelidikan telah membuktikan minyak kelapa mempunyai kemampuan antimikroba. Ia boleh menyembuhkan ulser yang disebabkan oleh bakteria dan mencegahnya daripada merebak. Minyak kelapa juga bersifat antiradang secara semula jadi dan dapat membantu mengurangkan kemerahan dan kesakitan. Rasanya juga sedap!

Untuk menggunakannya, sapukan minyak kelapa dengan lembut pada kawasan yang sakit. Ulangi sehingga ulser anda mulai sembuh.

  1. Suplemen vitamin B kompleks

Kebarangkalian untuk mendapat ulser mungkin lebih kerap berlaku sekiranya anda mempunyai diet rendah vitamin B-12.

Menurut kajian, individu yang mengambil 1,000 mikrogram vitamin B-12 setiap hari mempunyai lebih sedikit kebarangkalian untuk mendapat ulser. Tetapi, makanan tambahan vitamin B kompleks mampu menyebabkan kesan sampingan, justeru berjumpalah dengan doktor anda terlebih dahulu sebelum menggunakannya.

6.Minum banyak air

Untuk proses penyembuhan yang lebih cepat, penting untuk memastikan badan anda cukup air dan terhidrat. 8 gelas air atau lebih setiap hari diperlukan dalam proses penyembuhan ulser mulut.

Selain itu, elakkan minum kopi dan air bersoda, kerana ia dapat merengsakan lagi dan menghalang proses penyembuhan yang betul.

Bilakah anda harus bertemu doktor?

Kebanyakan kejadian ulser mulut tidak membimbangkan. Ia juga jarang meninggalkan kesan sampingan yang berpanjangan. Namun begitu, anda masih harus berhati-hati kerana beberapa jenis ulser memerlukan rawatan daripada yang pakar. Dapatkan konsultasi doktor jika anda mengalami salah satu daripada kondisi berikut:

  • Sakitnya lebih parah daripada biasa
  • Mempunyai banyak luka
  • Luka baru terbentuk sebelum ulser yang lama sembuh
  • Ulser tidak sembuh selepas tempoh masa 2 minggu
  • Ulser merebak ke bibir
  • Mengalami kesakitan yang teruk
  • Demam

Sumber: Hello Doktor

Nabila

Memilih untuk menjadikan pena sebagai duri yang memberi manfaat kepada manusia

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.