Siakap Keli
Gambar: Yahoo Finance

Wanita Temui Bilik ‘Rahsia’ Disebalik Almari Rumahnya Selepas 3 Tahun Menetap Di Situ

Sebuah video di TikTok memaparkan bagaimana seorang wanita yang bingung apabila mendapati bahawa dia mempunyai sebuah ruangan baru yang tersembunyi di belakang almari bilik tidurnya selepas tiga tahun menghuni di rumahnya itu.

Dalam video yang dimuat naik di TikTok oleh pengguna bernama @abrianacristel, seorang wanita telah menelusuri sebuah jurang di celah-celah dinding dan masuk ke dalam bilik lain, yang dilihat seakan belum siap dibina sepenuhnya.

“Ini sangat pelik,” katanya.

Difahamkan, mereka telah menyewa rumah itu selama tiga tahun dan walaupun mereka perasan bahawa terdapat tingkap tambahan di rumah mereka itu, mereka tidak pernah menduga bahawa ada ruangan ‘rahsia’ yang tidak dapat mereka akses, menurut pengguna TikTok tersebut.

Dalam kapsyennya, dia menulis: “Ibu saya telah memecahkan dinding almari itu dan ternyata terdapat satu lagi bilik yang tidak tersiap di sebaliknya.”

Keluarga itu beranggapan bahawa kerana bilik itu tidak tersiap, pemiliknya memutuskan untuk menyembunyikannya sahaja di belakang almari pakaian itu.

Sejak ianya dimuat naik, video tersebut telah ditonton lebih 500 ribu kali dan menerima ratusan komen daripada pengguna TikTok.

@abrianacristel

My mom broke her closet wall down and it turned out to be a whole new room that the people never finished. We’ve been at this house for 3 yrs

♬ original sound – Abriana Cristel

Sumber: Daily Star

Aqmal Ezany

I write what is right