Siakap Keli

4 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Mengambil Supplement

Di dalam kegusaran menghadapi pandemik ini, semakin ramai orang yang ambil peduli soal kesihatan. Mengamalkan makanan tamabahan  menjadi salah satu cara yang dilakukan untuk meningkatkan daya tahan tubuh. Pakar penyakit dalaman, Mauricio Gonzalez menjelaskan, makanan tambahan merupakan tambahan untuk pola permakanan harian anda. Dietary Supplement Health and Education Act mendefinisikan makanan tambahan sebagai produk yang mengandungi satu atau lebih nutrisi makanan.

Dengan kata lain, pelbagai definisi di atas menunjukkan bahawa makanan tambahan merupakan salah satu cara untuk meningkatkan kecerdasan tubuh.

1. Makanan tambahan diperlukan saat tubuh kekurangan mikronutrien

Makanan tambahan sebaiknya diamalkan ketika anda tidak memenuhi kecukupan mikronutrian. Hal tersebut kerana keperluan mukronutrian bukanlah setiap hari. Selain kerana akses terhadap makanan sihat terbatas, ada pula orang yang mengehadkan pengambilan makanan tertentu atau intoleransi gluten dan produk tenusu tertentu.

Nicole Avena, pembantu profesor di Neuroscience at Mount Sinai School of Medicine, menyebut bahawa kebiasaan pengambilan makanan segera jadi penyebab banyak orang kekurangan mikronutrien.

“Saat anda banyak mengambil makanan segera  atau tidak memperoleh banyak sayuran, buah dan protein dalam diet, anda memerlukan makanan tambahan,” kata Avena melalui Eat This.

Akan tetapi jika anda merasa amalan diet sudah baik dan bervariasi, makanan tambahan boleh diambil dalam jumlah yang sedikit. Menurut Avena, ada perubahan nutrisi pada tumbuhan akibat perubahan tanah. Sayuran atau buah yang diambil kini menurutnya tidak memiliki nutrisi sebanyak buah dan sayur beberapa tahun lalu.

2. Terlalu banyak supplement juga tidak baik untuk tubuh

Kuncinya adalah kesederhanaan, termasuk juga dalam pengambilan makanan tambahan.

Hingga saat ini, tidak ada jumlah atau batasan dalam pengambilan makanan tambahan. Namun, Neerav Dilip Padliya, wakil presiden penyelidikan untuk MYOS RENS Technology berpendapat, ada baiknya jika anda mendapatkan nasihat dengan doktor untuk menentukan jumlah atau dos supplement yang tepat.

Menurut beliau, satu-satunya supplement yang harus dihadkan adalah minuman bertenaga. “Biasanya minuman ini tinggi kafein dan taurin yang mana tidak berasal dari tumbuhan. Jika anda terlalu banyak mengambil supplement dan minum terlalu banyak minuman bertenaga, anda boleh diserang masalah jantung,” jelas Padliya.

3. Bukan multivitamin, pilih yang spesifik

Keperluan supplement untuk anak-anak dan orang dewasa jelas berbeza. Orang dewasa sudah tidak boleh lagi mengamalkan multivitamin seperti kanak-kanak. Sudah saatnya mengambil supplement yang spesifik.

Ahli permakanan Jonny Bowden berkata tidak ada berbagai jenis vitamin kualiti tinggi dalam satu pil. “Anda tidak boleh mendapatkan semua keperluan dalam satu pil kecil. Beberapa multivitamin berkualiti tinggi mempunyai saranan penyajian dengan 6 tablet dalan sehari,” katanya.

4. Supplement tidak keluar bersama urine

Sebahagian orang menganggap manfaat dari supplement akan keluar bersama urine. Ahli naturopath, Katy Firisin mengatakan, kadangkala ada supplement yang membuat urine jadi lebih kuning dan berbau. Namun, ini bukan bererti segala nutrisi itu lepas begitu saja.

Sebaliknya, setiap nutrisi memiliki dos tertentu untuk kesihatan yang optimum. Ini bermaksud, ada level dos tertentu yang boleh diikuti demi mencapai tujuan tertentu. “Tahu tujuan pengambilan supplement adalah yang terpenting,” tutupnya.

Sumber- CNNIndonesia

Faiz Mustafa