Siakap Keli
Gambar via The Dodo

Anjing Ditemui Dengan Sekeping Nota, Dipercayai Dibuang Oleh Tuannya

Marcela Goldberg menerima mesej daripada orang awam mengenai seekor anjing yang ditinggalkan di sebuah bangku lantas dia dan rakan sepasukannya, Azul Galindo bergegas ke tempat kejadian.

“Sudah ada beberapa orang yang berkumpul sambil membawanya air dan makanan kerana mereka membiarkannya diikat di bangku tanpa apa-apa,” kata Goldberg

“Tetapi mereka tidak boleh mendekatinya karena anjing itu berasa ketakutan dan agresif,” tambahnya.

Namun, kejadian tersebut tidak pelik kerana terdapat banyak lagi anjing yang ditinggalkan di tepi jalanan sejak pandemik COVID-19. Bukan itu sahaja, di sebelah anjing tersebut terdapat juga sebuah nota yang dialas oleh batu.

Gambar via The Dodo

“Hai, tolong ambil saya: Max. Tolong, saya meminta anda mengadopsi anjing comel ini dan menjaganya dengan baik. Sungguh berat untuk meninggalkan anjing saya di sini tetapi saya membuat keputusan untuk meninggalkannya kerana keluarga saya selalu menganiaya dia dan tidak sanggup melihatnya dalam keadaan itu. Sekiranya anda membaca ini, sila ambil dia dan jaga dia. Sekiranya tidak, sila tinggalkan nota ini di sebelahnya. Dengan cara itu orang lain dapat membacanya dan mengadopsinya. Terima kasih.”

“Saya memakai sarung tangan pelindung untuk dapat mendekati dengan lebih yakin, tetapi tetap sukar,” kata Goldberg.

“Kami menghubungi pelatih yang berpengalaman dengan anjing yang agresif melalui panggilan video dan memberi saya arahan sehingga kami berjaya dapat memotong rantai yang ada pada anjing tersebut.”

Gambar via The Dodo

Sebaik rantai itu dipotong, sikap anjing itu tidak lagi agresif malah masih ketakutan. Goldberg perlahan-lahan mulai membelai dia di dalam kereta, dan pada saat mereka tiba di tempat perlindungan, anjing tersebut sudah tenang. Anjing berusia 7 bulan tersebut telah diganti namanya menjadi Boston, perlahan-lahan belajar mempercayai orang dan membiarkan keperibadiannya yang suka bermain bersinar.

“Dia manja, penyayang, dia suka memberi ciuman dan bermain dengan bola yang diberikan oleh doktor haiwan kepadanya,” kata Goldberg.

Sumber: The Dodo

Nabila

Memilih untuk menjadikan pena sebagai duri yang memberi manfaat kepada manusia