Siakap Keli
Gambar Via Bernama

Guru Muzik Dan Guru Al-Quran Dibenar Mengajar ‘One To One’ Bermula Esok-Ismail Sabri

Menteri Kanan Pertahanan, Dato’ Sri Ismail Sabri memaklumkan bahawa guru muzik dan guru al-Quran dibenarkan untuk mengajar secara one to one (perseorangan) bermula esok (28 November).

“Perkara ini dibangkitkan oleh MKN dalam mesyuarat khas hari ini dan kita membuat keputusan bersetuju untuk membenarkan guru muzik ini untuk mengajar secara one to one, begitu juga dengan guru al-Quran.

“Kami juga masih meneliti perkara-perkara lain, MKN melihat ini secara menyeluruh, bukan sahaja dalam kalangan guru muzik dan guru al-Quran,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan wartawan dalam sidang media harian non-kesihatan yang berlangsung sebentar tadi.

Sumber: RTM

Sofea

There's always another side to every story