Siakap Keli
Gambar Hiasan Via Google

Habis ‘Licin’ Diserbu Orang Ramai, Korang Kena Cepat-Cepat Beli Aiskrim ‘Special’ Ini

Untuk pengetahuan korang, jenama aiskrim terkenal, Haagen-Dazs kini bekerjasama dengan karakter BTS iaitu TinyTAN untuk menghasilkan koleksi premium khas yang pastinya sangat syok dan menarik untuk dimiliki.

Korang pasti tahu kan kumpulan tersebut mempunyai karakter animasi TinyTAN yang sangat comel dan disukai ramai.

Istimewa pada kali ini, TinyTAN akan ‘hadir’ menghiasi dan menceriakan rumah korang bersama aiskrim yang terbaik di dunia, Haagen-Dazs. Dengan semangat ‘Together is Better’, ini merupakan kolaborasi pertama Haagen-Dazs di Asia Tenggara bersama TinyTAN.

© Big Hit Entertainment. All Rights Reserved.

Melalui kerjasama ini, korang boleh mengumpul barangan premium eksklusif iaitu key chains, cooler bags dan sudu aiskrim yang diilhamkan oleh keperibadian berbeza yang ditonjolkan dari anggota BTS ke dalam versi TinyTAN.

Tapi jangan lupa ya, barangan tersebut hanya tersedia dengan pembelian aiskrim Haagen-Dazs edisi terhad sahaja.

Pek pelbagai bekas mini Haagen-Dazs TinyTAN

Direka untuk dikongsi bersama, Haagen-Dazs kini kembali dengan perisa aiskrim kegemaran ramai dengan pek pelbagai. Korang boleh pilih dua jenis pek yang mempunyai empat aiskrim bekas mini.

Bagi penggemar coklat, korang boleh beli pek Chocoholic Moments yang terdiri daripada perisa terbaru Haagen-Dazs iaitu Aiskrim Dark Chocolate Ganache dan Almond, Cookies dan Cream Aiskrim dan Belgian Chocolate Aiskrim.

Pek Favourite Selection pula menghimpunkan all-time favourites seperti Aiskrim Cream dan Caramel Biscuit, Aiskrim Matcha Green Tea, Aiskrim Macadamia Nut dan Aiskrim Coffee.

Menariknya, setiap pek pelbagai tersebut dilengkapi dengan salah satu key chain edisi terhad TinyTAN.

Party Pack bekas mini Haagen-Dazs TinyTAN

Bukan itu sahaja, korang juga boleh dapatkan Party Pack yang sesuai untuk dinikmati bersama rakan dan keluarga. Pek tersebut mempunyai 10 aiskrim bekas mini yang terdiri daripada Haagen-Dazs paling laris iaitu perisa Belgian Chocolate, Vanilla, Macadamia Nut dan Strawberry serta aiskrim terbaru iaitu Dark Chocolate Ganache dan Almond.

 

Setiap Party Pack hadir dengan rekaan unik TinyTAN cooler bag edisi terhad dihiasi dengan karakter TinyTAN serta bentuk hati merah jambu dan ungu.

Edisi istimewa Ice Cream Bites Haagen-Dazs TinyTAN

Lebih istimewa, Haagen-Dazs juga memperkenalkan Ice Cream Bites edisi terhad yang menampilkan tujuh anggota kumpulan TinyTAN pada kek aiskrim individu.

Untuk pengetahuan korang, setiap ahli mewakili perisa yang berbeza iaitu RM (Coklat), Jin (Macadamia Nut), SUGA (Kopi), j-hope (Caramel Biscuit & Cream), Jimin (Vanilla), V (Strawberry) dan Jung Kook (Cookies & Cream).

Koleksi ini terdiri daripada tujuh bites aiskrim buatan tangan Haagen-Dazs yang dilapisi dengan coklat berwarna ungu serta dihiasi dengan pinggan coklat rangup dalam cetakan karakter TinyTAN.

Bagi set bekas mini, ia boleh didapati dalam pek pelbagai empat aiskrim yang berharga RM34.50 termasuk key chains TinyTAN. Party Pack dengan 10 aiskrim pula boleh didapati dengan harga RM89 yang disertakan dengan cooler bag bertema TinyTAN. Kesemua pek tersebut tersedia di kedai-kedai utama bermula dari 11 November.

Special Edition Ice Cream Bites dengan harga RM198 pula didapati di kedai-kedai Haagen-Dazs dan di Shopee. Tidak dilupakan, sudu aiskrim TinyTAN boleh ditebus dengan mana-mana pembelian empat aiskrim Haagen-Dazs.

Jadi apa tunggu lagi, dapatkan aiskrim istimewa Haagen-Dasz ini dengan segera! Ditambah pula dengan PKPB kali ini, korang boleh beli aiskrim tersebut dan buat stok masukkan dalam peti ais!

Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari Facebook Haagen-Dazs Malaysia.

Sofea

There's always another side to every story