New Delhi: Seorang lelaki dari India didakwa mengalami sakit perut sehingga dimasukkan ke hospital. Apabila melakukan pemeriksaan ultrasound, perut lelaki tersebut dipercayai terdapat segumpal cacing mampu membesar sepanjang 36 sentimeter.
Menurut laporan Metro UK, terdapat sebuah kajian yang diterbitkan di New England Journal of Medicine, para ahli perubatan mengatakan bahawa mereka melihat struktur ‘tubular yang bergerak dengan gerakan melengkung.’

Apabila lelaki itu mengambil sampel najis, doktor menjumpai telur dari parasite yang dikenali sebagai Ascaris lumbricoides. Ia adalah cacing gelang yang tinggal di usus dan merupakan salah satu cacing parasit manusia yang paling biasa ada.
Menurut Pusat Kawalan Penyakit (CDC), antara 800 juta hingga 1.2 bilion orang di seluruh dunia mempunyai salah satu makhluk kecil ini berada di dalam saluran usus mereka. Cacing ini telah diketahui tumbuh sehingga 36cm panjangnya. Menurut CDC, cacing ini paling sering dijumpai di kawasan tropika dan subtropika dengan sanitasi yang buruk dan kekurangan akses kepada bekalan dan ubat-ubatan kebersihan.
Lelaki tersebut dapat disembuhkan setelah diberi ubat antiparasit yang disebut albendazole. Dia dibenarkan pulang ke rumah dan perlu memaklumkan kepada doktor ketika lawatan susulan.
Sumber: Metro UK