Siakap Keli

Mesin Basuh Rumah Anda Berbau? Ini Penyelesaiannya

Pernahkan mesin basuh di rumah anda mengeluarkan bau yang busuk dan tidak menyenangkan? Bau ini mungkin disebabkan oleh kulat.  Akan tetapi, bila mesin basuh mengeluarkan bau yang kurang enak seperti bau bangkai, berkemungkinan ini disebabkan oleh gas hidrogen sulfida. Ini adalah komponen utama gas saluran pembuangan, dan merupakan produk sampingan dari metabolisme bakteria. Merujuk dari Hunker, Jumaat (27/11/2020), berikut ini penjelasan mengenai penyebab mesin cuci bau dan cara membersihkannya.

Sebab mesin basuh berbau

Biasanya mudah untuk membezakan masalah saluran pembuangan dengan masalah pada mesin cuci itu sendiri.Putuskan sambungan selang mesin dan bau saluran pembuanganya, anda pasti akan temui jawapannya. Jika saluran pembuangan berbau, Anda mungkin mengalami masalah ventilasi yang menyebabkan air tersedut keluar dari perangkap.  Mungkin juga paip yang tegak itu sendiri menyediakan rumah bagi bakteria penyebab bau. Anda dapat membersihkannya dengan menuangkan setengah cawan baking soda ke dalam paip tegak dan dilanjutkan dengan setengah cawan cuka. Campuran tersebut menciptakan buih pembunuh kuman.

Jika bau tidak keluar dari saluran pembuangan, bererti ada bakteria di mesin cuci. Salah satu alasan utama hal itu terjadi adalah jika biasanya mencuci pakaian pada suhu rendah. Anda juga mungkin telah menggunakan jenis deterjen yang salah atau kuantiti yang salah. Mesin basuh bukaan depan sangat terdedah terhadap tompokan buih sabun, jadi jika mesin cuci bukaan depan Anda berbau seperti kotoran, tukar ke detejen yang lebih berkesan. Sebab lain adalah anda membiarkan pintu atau tutupnya tertutup saat anda tidak menggunakan mesin. Bakteria berkembang biak di lingkungan yang lembab dan membuat mesin cuci berbau. Mereka akan mati jika anda membiarkan pintu terbuka.

cara

Berikut ini cara membersihkan mesin cuci dengan betul agar bau akan segera hilang.

  1. Bersihkan sisa-sisa sabun yang terkumpul di getah pelapis di sekitar pintu atau penutup mesin basuh dengan menggunakan kain lap.
  2. Agar pembersihan lebih berkesan, bersihkan dengan menggunakan cairan pembersih bilik mandi yang mengandung pemutih. Anda juga boleh mencelupkan kain ke dalam larutan pemutih dan air dengan perbandingan 1:10 atau larutan cuka dan air dengan perbandingan 1:1.
  3. Isi dispenser deterjen dengan cairan pemutih dan jalankan mesin cuci yang kosong dengan kitar pembersihan atau pencucian.
  4. Jika Anda sensitif terhadap pemutih, gunakan baking soda dan cuka. Mulakan kitar pembersihan dan tuangkan setengah cawan baking soda dan 2 cangkir cuka saat tabung mesin basuh setengah penuh.
  5. Biarkan pintu atau penutup mesin cuci terbuka semalaman setelah kitar pembersihan selesai. Pastikan bahagian dalam mesin benar-benar kering sebelum anda melakukan pencucian berikutnya.

Sumber- Hunker

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.