Siakap Keli
Kredit gambar: Shaari Mohd Noor/Google

Ngeri, Gara-gara Lupa “Off” Suis, Dahi Terkoyak Ditoreh Mesin Grinder Ketika Bertukang

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Dalam menjalankan kerja-kerja tukang, keselamatan adalah perkara paling penting yang perlu dipandang serius.

Apatah lagi jika kerja pertukangan itu melibatkan penggunaaan mesin serta peralatan yang berbahaya dan berisiko tinggi.

Bagi yang sudah terbiasa bermain mesin-mesin sebegini, mungkin anda sudah kenal dengan nama ‘grinder’, kan?

Boleh dikatakan hampir kesemua kerja-kerja pertukangan pasti melibatkan penggunaan grinder, namun dalam masa sama, risiko tercedera juga boleh berlaku tanpa diduga.

Seperti yang dikongsikan dalam group Facebook Tukang Apa Hari Ini (TAHI) baru-baru ini, Shaari Mohd Nor berkongsi satu insiden ngeri yang berlaku.

Percaya atau tidak, mesin grinder yang digunakan lelaki dalam cerita ini ibarat ‘makan tuan’. Ikuti kisah ini.

Gambar sekadar hiasan | Kredit: Google

Salam. Tukang apa hari ini bang? Semoga semua abang tukang berhati-hati dalam usaha mencari rezeki.

Abang ni bertukang atas alang guna grinder. Oleh kerana wayar tak cukup panjang, wayar tersebut tercabut dari soket. Grinder pun mati.

Beliau terus turun dari alang untuk betulkan wayar tanpa offkan suis grinder terlebih dahulu. Grinder ditinggalkan kat atas alang.

Bila wayar dimasukkan ke soket, grinder automatik hidup dan jatuh dari alang. Spiderman pun belum tentu boleh tepis!

Gambar: Shaari Mohd Nor

Inilah kecederaan yang beliau alami hanya kerana satu kesilapan kecil. Nasib baik ‘miss’ daripada mata.

Harap kita semua dilindungi daripada kemalangan dan kecederaan.

Harap abang-abang tukang tak kisah untuk share pengalaman kemalangan sendiri supaya jadi iktibar untuk orang lain.

Pengajaran untuk orang lain

Selepas tragedi itu berlaku, lelaki berkenaan telah menerima rawatan dan jahitan di bahagian dahinya yang terkoyak akibat ‘dimakan’ grinder tersebut.

“Kecederaan macam tu merisaukan saya. Boleh kena pada sesiapa sahaja. Sebab tu saya post dalam group tukang,” katanya.

Ramai lagi yang lain pernah jadi mangsa

Berikutan perkongsiannya itu, kes ngeri ini mendapat perhatian warga group TAHI tersebut.

Maka ramai antara mereka yang turut berkongsi pengalaman masing-masing yang pernah menjadi mangsa mesin grinder ini.

Ada juga yang berkongsi tentang jenis mata yang selamat untuk digunakan demi keselamatan diri.

Dalam pada itu, netizen ini berkongsi gambar tangannya sendiri yang turut pernah ‘dimakan’ mata grinder ini.

Ada yang berkongsi senarai jenama grinder yang lebih tinggi tahap keselamatannya.

Jari ‘terobek’ sampai ke tulang

Sementara itu, netizen ini menceritakan pengalaman ngerinya sewaktu menggunakan grinder sebelum ini.

Walaupun sudah 11 tahun berlalu, namun kesannya masih kekal hingga ke hari ini.

Ada kes kaki terpotong sampai meninggal dunia.

Lagi kes suis tidak dimatikan.

Demikianlah kisah ngeri penggunaan mesin grinder ini. Jadi mana-mana yang giat bertukang itu, jagalah keselamatan diri. Semoga kita tidak menjadi mangsa yang seterusnya.

Sumber: Shaari Mohd Nor

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'