Siakap Keli
Gambar Via Bernama

Operasi Pasar Harian Dilanjutkan Dari 10 Pagi Hingga 4 Petang Berkuatkuasa Esok- Ismail Sabri

Menerusi sidang media hari ini, Menteri Kanan Pertahanan, Dato’ Sri Ismail Sabri memaklumkan bahawa operasi pasar harian akan dilanjutkan dari pukul 10 pagi hingga 4 petang.

Menurutnya, kerajaan mengambil maklum mengenai rungutan berkaitan kekangan yang dialami oleh peniaga-peniaga kecil di pasar-pasar harian di kawasan PKPB di mana ketika ini pasar beroperasi dari pukul 10 pagi sampai 2 petang sahaja.

“Begitu juga pelanggan-pelanggan yang merayu pada pihak kerajaan supaya diberikan tambahan masa bagi memudahkan pembelian untuk mereka,”

“Setelah berbincang dan mendapat nasihat dari Kementerian Kesihatan, mesyuarat hari ini bersetuju untuk melanjutkan operasi pasar harian bermula dari pukul 10 pagi sampai 4 petang,” katanya.

Pelanjutan waktu operasi ini akan mula berkuatkuasa pada 28 November 2020.

“Walau bagaimanapun, RELA mesti ditugaskan untuk mengawas pasar-pasar tersebut supaya SOP yang ketat dapat dipatuhi oleh sama ada peniaga ataupun pembeli,” tambahnya lagi.

Sumber: RTM

Sofea

There's always another side to every story