Siakap Keli
Gambar: Daily Mail

Pekerja Binaan Dilapor ‘Hancurkan’ Dinding Rumah Yang Dibina, Dipercayai Kerana Tidak Dibayar

Ini adalah detik dimana seorang pekerja yang marah merosakkan dua rumah yang telah dibinanya dipercayai kerana isu berkaitan pembayaran.

Video TikTok, yang dimuat naik dengan kapsyen ‘Calm down Tony’, memaparkan pekerja itu merobek dinding rumah tersebut dengan tukul sambil ditenangkan oleh rakan-rakannya.

Menurut Daily Mail, terdapat satu suara yang didengari menyatakan ‘tidak dibayar gaji’ kedengaran semasa pekerja tersebut merobek bahagian dinding rumah itu.

Seorang saksi juga turut dapat didengari berkata: ‘Bertenang, mari sini kawan, apa yang terjadi?’

Yang lain menghampirinya di perancah itu sambil pekerja yang marah tersebut menyatakan ‘Saya akan saman awak’, manakala yang lain pula memberitahunya untuk ‘bertenang’.

Lelaki yang berusaha menenangkannya pula berkata, ‘panggil polis ke sini’.

Sumber: Daily Mail

"