Siakap Keli

Peluang Keemasan Bernilai RM70,000 Menanti Rakyat Malaysia Bersama Cabaran #JOMLaunchGood 2020

KUALA LUMPUR, 23 November – Atas nama kemanusiaan, platform raih dana antarabangsa, LaunchGood sedang menawarkan peluang keemasan kepada warga Malaysia yang ingin melaksanakan inisiatif-inisiatif berskala besar untuk memenangi RM70,000 menerusi cabaran #JOMLaunchGood. #JOMLaunchGood dijalankan bersempena dengan ‘Giving Tuesday’, inisiatif kebajikan bertaraf global yang telah meraih dana berjumlah hampir 500 juta dolar untuk badan-badan amal di serata dunia.

Organisasi bukan kerajaan, badan amal, pemimpin masyarakat, pengamal seni, usahawan kecil, syarikat pemula dan mana-mana rakyat Malaysia yang berkeinginan untuk mencipta impak positif dalam kalangan masyarakat boleh memanfaatkan peluang ini dengan melancarkan kempen raih dana mereka di laman rasmi LaunchGood. #JOMLaunchGood akan mengambil tempat daripada 30 November 2020 sehingga 2 Disember 202020, di mana ianya akan menyaksikan para peraih dana tersebut bersaing dalam dua kategori raih dana yang berbeza, iaitu kategori jumlah kutipan dana tertinggi dan kategori jumlah penyokong yang paling ramai. Lebih 40 ganjaran wang tunai menanti para peraih dana dengan RM15,000 sebagai hadiah utama bagi kedua-dua kategori tersebut.

Laman rasmi #JOMLaunchGood

Tiga kategori sampingan juga bakal berlangsung sepanjang tempoh tersebut, iaitu kategori video kempen terbaik, poster kempen terbaik, dan penulisan kempen terbaik. Manakala peraih dana yang berjaya menghimpunkan 50 penyokong dalam tempoh masa 48 jam tersebut bakal menerima sumbangan RM1,000 untuk menjayakan kempen yang mereka anjurkan.

Ketua Wilayah Asia Pasifik LaunchGood, Nur Sharain Abdul Rashid mengharapkan jumlah penyertaan yang memberangsangkan bagi cabaran khas yang julung-julung kali diadakan khusus buat rakyat Malaysia. “LaunchGood bukan sahaja sebuah platform raih dana, bahkan ianya adalah sebuah ekosistem yang terbina atas dasar kemanusiaan. Kami berharap lebih ramai rakyat Malaysia akan mengambil bahagian dalam cabaran ini dan memberi inspirasi untuk saling menganjurkan kebaikan antara satu sama lain.”

Cabaran ini juga merupakan salah satu batu loncatan untuk rakyat Malaysia dalam mengharungi situasi semasa yang semakin mencabar. “Ini adalah penganjuran kali pertama yang memberi focus khusus kepada warga Malaysia. “Ini adalah peluang untuk rakyat Malaysia untuk saling bersatu padu menerusi sokongan ke atas cabaran #JOMLaunchGood, baik daripada para peraih dana mahupun para penyumbang,” ujar Zahidah Azman, coordinator cabaran #JOMLaunchGood.

Layari laman rasmi #JOMLaunchGood, launchgood.com/JOMlaunchgood dan ikuti perkembangan LaunchGood dari semasa ke semasa menerusi laman rasmi TwitterInstagram, and Facebook.

Mengenai LaunchGood: LaunchGood adalah sebuah platform raih dana antarabangsa yang didekasikan untuk memberi sokongan kepada idea-idea yang berpotensi untuk member impak kepada masyarakat. LaunchGood telah berjaya meraih 170,465,801 dolar untuk 20,072 kempen raih dana merentasi 144 buah negara sejak 2013.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Zahidah Azman

Koordinator

#JOMLaunchGood

Tel: (601) 4518 8051

[email protected]

 

Puteri N. Balqis

Media & Comms

#JOMLaunchGood

Tel: (601) 9723 7203

[email protected]

Nur Farra