Siakap Keli

PRK DUN Bugaya dan PRK Parlimen Gerik Akan Diadakan Serentak Januari Ini – Pengerusi SPR

Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Bugaya dan Parlimen Gerik akan diadakan serentak, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Azhar Azizan Harun.

Katanya, penamaan calon adalah pada 4 Januari 2021 di mana undi awal pada 12 Jan 2021, dan hari mengundi ditetapkan pada 16 Januari 2021.

Calon digalakkan berkempen guna media sosial. Kempen berbentuk ceramah, walkabout, ziarah rumah ke rumah dan pengedaran pamplet secara bersemuka tidak dibenarkan.

Namun begitu, aktiviti kempen mengunakan kenderaan dipasang alat pembesar suara dibenar pada waktu munasabah

SPR menjangkakan 70 peratus rakyat akan keluar mengundi di PRK Parlimen Gerik dan DUN Bugaya.

Sumber: Bernama

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.