Siakap Keli
Kredit gambar: Google

TERKINI COVID-19: Kes Baru Kembali Empat Angka, 1,109 Kes Positif & 1,148 Kes Sembuh Dilaporkan Hari Ini

PUTRAJAYA, 27 Nov – Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan terdapat 1,109 lagi kes positif COVID-19 baharu hari ini.

Angka tersebut menjadikan kes keseluruhan terkini meningkat kepada 61,861 kes dengan kes aktif sebanyak 11,307 kes.

Ketua pengarahnya, Tan Sri Datuk Seri Dr. Noor Hisham Abdullah memaklumkan, hanya 10 kes import dikenal pasti dan selebihnya merupakan kes penularan tempatan.

Dalam pada itu, jumlah kes sembuh juga dilaporkan lebih tinggi berbanding kes baharu dengan 1,148 kes, menjadikan kes kumulatif sembuh meningkat kepada 50,204 kes bersamaan 81.2 peratus.

Berita lanjut menyusul.

Sumber: KKM

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'