PUTRAJAYA, 27 Nov – Harga runcit bagi minyak petrol RON95 naik sebanyak tiga (3) sen seliter, iaitu daripada RM1.64 seliter ke RM1.67 seliter.
Dalama masa sama, harga runcit bagi minyak petrol RON97 juga naik sebanyak tiga (3) sen seliter, iaitu daripada RM1.94 seliter kepada RM1.97 seliter.
Manakala bagi minyak diesel, harga runcitnya juga turut naik sebanyak empat (4) sen seliter, iaitu daripada RM1.81 seliter kepada RM1.85 seliter.
Harga terkini produk petroleum tersebut bagi tempoh 28 Nov hingga 4 Dis ini diumumkan Kementerian Kewangan hari ini.
Sumber: Kementerian Kewangan