Siakap Keli

(Video) “Kahfi Mode On..,” Alif Satar Pesan Jaga Kesihatan, Kalau Boleh Berhenti Merokok

“Saya baru lepas ‘work out’…” Aliff Satar kongsi cerita pengalaman sepanjang berada di Hospital Melaka selepas disahkan positif Covid-19 pada Sabtu lepas.

Menerusi rakaman video Aliff Satar seperti semakin sihat dan mampu melakukan aktivit senaman ringan di kawasan kuarantin tersebut.

Salam jumaat semua.. alif doakan semua berada dalam keadaan sihat disamping keluarga tersayang.

p/s Kahfi mode ON!

Aliff juga sempat memberi nasihat kepada orang ramai agar menjaga kesihatan termasuklah untuk berhenti merokok, sentiasa makan makanan yang sihat dan sentiasa mengamalkan kehidupan yang sihat walau di mana anda berada.

Tak lupa juga, selebriti ini akan berkongsi dokumentari perjalanan kisah hidupnya sebagai pesakit Covid-19 di laman Youtubenya nanti.

 

Sumber: Aliff Satar

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang