Heboh gambar seorang wanita berusia 53 tahun menjadi tumpuan para netizen di media sosial kerana memiliki wajah yang awek muda seperti remaja. Walaupun berumur setengah abad, wanita yang dikenali sebagai Puspa Dewi tersebut telah pun berstatus nenek.
Antara gambar yang menunjukkan perbezaan wajah yang paling ketara bersama suami adalah pada tahun 1993 dan tahun 2020 ketika mereka mempunyai cucu. Gambar tersebut mendapat perhatian kerana wajahnya kini tidak tumpah seperti wajahnya pada tahun 1993.

“Ini manusia atau vampire?”, komen netizen pada gambar tersebut.
Walau bagaimanapun, gamba tersebut dibanjiri dengan pelbagai komen oleh netizen. Kebanyakkannya kagum dengan kecantikan wanita tersebut yang sama sekali tidak pudar.
Dalam salah satu postingnya, Puspa juga berkongsi penampilan gambar dirinya yang sedang bersenam pada usia 35 tahun dan 53 tahun.

“Sejak dulu saya tetap bersemangat untuk bersenam dari zaman sekolah hingga sekarang,” kata Puspa.
Semasa sambutan hari jadinya yang ke-53, penampilan Puspa yang memakai gaun juga kelihatan sangat elegan dan tidak tumpah seperti seorang remaja.
Sumber: Suara.Com