Siakap Keli
Gambar Via KELSS

Wanita Jaga Suami Terlantar Hidap Kanser, Perlukan Sumbangan Untuk Beli Keperluan Urus Suami

Tiada apa yang paling bermakna selain pengorbanan yang dilakukan seseorang apatah lagi bagi pasangan suami isteri.

Sama dengan wanita ini yang sanggup berhenti berniaga bagi menjaga suaminya yang terlantar sakit akibat kanser tekak.

Tiada punca pendapatan yang tetap, beliau memerlukan bantuan untuk keperluan suaminya. Ikuti perkongsian di bawah ini.

SUAMI TERLANTAR DERITA KANSER

Lawatan Kasih 25.11.20
Pulai Chondong, Kelantan

SUAMINYA terlantar sakit sejak 2 tahun lalu memaksa Che Timah Che Ali berhenti menjual jamu dan kini hanya bergantung pada bantuan bulanan JKM sebanyak RM250 selain sumbangan jiran tetangga.

Menurut Che Timah, suaminya Mohd Fadli Che Man 52 tahun disahkan mengidap kanser tekak dan sehingga kini masih perlu berulang ke Kota Bharu bagi menjalani sesi kimoterapi.

Fadli yang sebelum ini hanya seorang buruh kasar itu turut menerima bantuan bulanan dari Majlis Kanser Negara (Makna) dalam bentuk bekalan susu.

Keluarga ini mempunyai seorang anak lelaki lepasan Institut Latihan Perindustrian (ILP) yang sedang mencari pekerjaan.

Kru kami disana mengunjungi keluarga ini di Kampung Panggung dekat sini membawa sumbangan dalam bentuk katil hospital, kerusi roda, tilam angin, mesin sedut kahak dan sedikit sumbangan tunai.

Mereka yang ingin membantu boleh salurkan sumbangan ke akaun isterinya

CIMB BANK 7611 2820 28
CHE TIMAH CHE ALI

atau hubungi mereka di talian 013 3786645.

#TogetherWeHelp
Sumbangan untuk lawatan ini adalah dari “Tabung Kasih KELSS”

Terima kasih kepada penyumbang tabung ini untuk agihan kepada golongan yang memerlukan. Klik link dibawah untuk menyumbang ke Tabung Kasih KELSS,
https://www.facebook.com/957118010986486/posts/3673834399314820/

Sumber: Kelab Kebajikan & Sukarelawan Sosial-KELSS

Sofea

There's always another side to every story