Siakap Keli

Wanita Sujud Di Kaki Suami Minta Ampun Lepas ‘Kantoi’ Curang, Skandal Pula Dibunuh Suami

Nasi sudah menjadi bubur, menyesal pun sudah tiada guna, itulah yang dialami oleh seorang wanita yang hanya mampu meratap sambil mencium kaki suaminya setelah menyesali perbuatannya yang curang dengan seorang jiran.

Tidak cuma itu, si suami yang berang dengan kecurangan itu dipercayai telah membunuh teman lelaki isterinya di sebuah pusat karaoke.

Wanita berusia 34 tahun itu mengaku mempunyai hubungan sulit dengan mangsa yang juga jiran dan rakan suaminya.

Dia sujud di kaki suaminya ketika berada di balai polis dan disaksikan oleh anggota polis dan petugas media yang membuat liputan mengenai pembunuhan itu.

Suaminya mengakui sangat beremosi apabila melihatnya bersendirian dengan mangsa, dia juga mendedahkan bahawa dia sering mengingatkan mangsa agar menjauhkan diri dari isterinya tetapi masih tidak diendahkan.

“Saya kesal dengan mangsa dan isteri kerana mereka curang,” katanya.

Tambahnya lagi, mangsa dan isterinya menjalinkan hubungan sejak enam bulan lalu.

Dia juga mengetahui keberadaan isterinya selepas memasang GPS di motosikal mangsa yang digunakan oleh isterinya.

“Ketika saya melihat GPS motosikal tersebut, isteri pergi ke pusat karaoke tersebut dalam tempoh 30 minit, mustahil dia pergi membeli membeli makanan dalam tempoh itu,” katanya.

Mangsa dan isterinya dipercayai mula rapat setelah berkenalan di Facebook.

Sumber: Tribun Medan

Sofea

There's always another side to every story