Siakap Keli

3 Pekerja Positif Covid-19 Setakat Ini, Restoran Uncle Don’s SS2 Mohon Pelanggan Bergejala Buat Ujian Saringan

Pihak pengurusan Uncle Don’s memohon kepada pelanggan yang bergejala berkunjung ke cawangan SS2 di Petaling Jaya pada 20 November hingga 25 November 2020 untuk menjalani ujian saringan Covid-19.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh pihaknya mengesahkan seorang pekerja restoran telah dijangkiti Covid-19.

Dalam kenyataan itu memberitahu pekerja tersebut telah menunjukkan gejala pada 25 November dan kini telah disahkan positif Covid-19.

Justeru itu, seramai 40 kakitangan restoran tersebut telah menjalani ujian saringan dan mendapati tiga daripada jumlah tersebut turut dijangkiti Covid-19 manakala 23 adalah negatif dan selebihnya masih menunggu keputusan.

Bagaimanapun, restoran tersebut telah ditutup sehingga diberitahu kelak untuk proses disinfeksi dan pembersihan.

Pihak pengurusan restoran tersebut turut memohon maaf atas kesulitan yang berlaku dan berharap kepada pelanggannya untuk membuat ujian saringan bagi mengelak perkara yang tidak diingini berlaku.

Selain itu, pihak restoran tersebut juga beri jaminan dimana kesemua pekerjanya memberi kerjasama kepada pihak Kementerian Kesihatan untuk mengesan kontak rapat.

Sumber: Uncle Don’s

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang