Siakap Keli

5 Bahan Ini Anda Jangan Simpan Di Dalam Peti Ais

Menyimpan makanan di dalam peti sejuk dapat mencegah pertumbuhan bakteria dan membuat makanan bertahan lebih lama. Makanan dan minuman seperti daging, telur dan susu adalah jenis makanan yang disarankan untuk disimpan di dalam peti sejuk. Namun, ada beberapa makanan yang sebaiknya disimpan di tempat dengan suhu bilik. Menurut para pakar permakanan, hal tersebut kerana akan mengubah rasa dan teksturnya.

Apakah bahan-bahang tersebut? Teruskan membaca

1. Tomato

Tomato mengandungi vitamin C, potasium dan nutrien baik lainnya. Buah ini akan matang lebih baik jika hanya diletakkan di atas meja. Menurut Dana Greene, RD, ahli diet terdaftar di Boston, AS “suhu dingin akan mempengaruhi tekstur dan rasa tomato,” ujar Greene. Namun, satu kajian yang diterbitkan di Frontiers in Plant Science tidak menemukan perbezaan warna, rasa manis, masam dan kesegaran antara tomato matang yang disimpan di dalam peti sejuk dengan tomato yang dibiarkan di atas meja makan. Tomato dalam kajian ini dibiarkan dalam peti sejuk hanya selama satu atau dua hari.

2. Kentang

Sebaiknya anda tidak menyimpan kentang di dalam peti sejuk. Sebabnya, peti sejuk dapat mengubah kandungan kanji yang terkandung pada kentang menjadi gula. Ketika kentang digoreng atau dipanggang, gula ini akan menghasilkan akrilamida yang menyebabkan kanser, menurut Public Health England, badan eksekutif Department of Health and Social Care di Inggeris. Robin Foroutan, RD, ahli diet pengubatan integratif di Morrison Center, New York dan juga juru cakap Academy of Nutrition and Dietetics menyarankan kita menyimpan kentang di tempat yang suhunya tidak terlalu sejuk atau panas dan dalam keadaan gelap. Tempat gelap akan menjaga warna kentang agar tidak berubah menjadi hijau.

3. Kopi

Peti sejuk bukan tempat terbaik untuk menyimpan kopi, kata Greene. “Kopi cenderung menyerap aroma dan rasa lain di sekitarnya saat berada di dalam peti sejuk sehingga ianya tidak akan lagi sama,” tuturnya. Greene menyarankan untuk menyimpan kopi serbuk dalam bekas tertutup yang jauh dari paparan sinar matahari untuk menjaga rasanya.

4. Pisang

Meletakkan pisang di dalam peti sejuk akan mengubah warnanya menjadi coklat tua dan orang biasanya menjadi enggan untuk memakannya, kata Foroutan. Pisang mentah akan matang pada suhu ruangan. Namun, suhu peti sejuk boleh memperlambatkan proses tersebut. “Pisang mengeluarkan gas yang mematangkan buah lain yang berhampiran, jadi jauhkan pisang dari buah lain,” sebut Foroutan.

5. Roti

Menyimpan roti di peti sejuk mencegah kemunculan kulat untuk jangka waktu lebih lama, tapi dapat mengubah rasa, menurut Greene. “Roti yang didinginkan menjadi kering dan tidak lazat,” katanya. Menurut USDA, roti dapat disimpan di suhu ruangan selama dua hingga empat hari dan bertahan tujuh hingga 14 hari di dalam peti sejuk.

Sumber- Thehealthy

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.