Siakap Keli

Abang Meninggal Dunia Dipercayai Mangsa Langgar Lari, Adik Rayu Saksi Kejadian Tampil Bantu Siasatan

Nahas jalanraya di Lebuhraya Damansara Puchong pada 24 November lalu telah mengorbankan nyawa Ustaz Ahmad Sofwatullah.

Menerusi perkongsian oleh adik arwah dkenali sebagai Shideen di laman sosial Twitter, arwah abangnya dipercayai telah menjadi mangsa langgar lari.

Namun, sehingga kini, katanya, masih belum ada seorang saksi pun yang tampil memberi keterangan walau pihak polis sudah mula menjalankan siasatan.

Abang sulung saya dijemput Ilahi..

Menurutnya, arwah meninggalkan seorang isteri dan tiga orang anak termasuk seorang yang masih berada dalam kandungan.

Berikutan itu, beliau meminta saksi untuk tampil membantu siasatan supaya suspek dapat dibawa ke muka keadilan.

Tiada lagi gelak tawa abang..

Mohon doakan anakanda sulung saya..

Berdasarkan kemaskini terbaharu, Shideen meminta seorang rider Bungkusit untuk tampil memberikan maklumat kerana didakwa menjadi saksi dan kemungkinan mengetahui kejadian sebenar yang menimpa arwah abangnya.

Rata-rata netizen yang membanjiri ruangan komen turut mengucapkan takziah di atas pemergian Ustaz Ahmad Sofwatullah.

Semoga Allah rahmati arwah

Bantu sebarkan supaya suspek dapat ditangkap

Bagi mereka yang ingin menghulurkan bantuan untuk meringankan beban isteri arwah dan anak-anak, boleh berbuat demikian seperti di maklumat di bawah.

Semoga arwah Ustaz Ahmad Sofwatullah ditempatkan di dalam kalangan orang beriman dan diberikan ketabahan kepada keluarga yang ditinggalkan.

Sumber: Twitter @shideenshahrin

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.