ABU DHABI- Sebuah badan amal di Gharbia, Mesir membuat satu inisiatif bagi menyokong keluarga yang melahirkan bayi baru ketika menghadapi kesulitan ekonomi sepanjang pandemik COVID-19. Hal ini, keluarga akan diberikan sejumlah wang tunai dan gaji bulanan untuk satu tahun bagi setiap bayi yang diberi nama Muhammad.
Kempen ini diadakan sebagai salah satu usaha untuk menentang gerakan yang menentang ajaran Nabi Muhammad SAW serta menggalakkan kelahiran bayi baru.
Bulan lalu, Muslim Council of Elders tidak menyukai apa yang digambarkannya sebagai “kempen sistematik” terhadap Nabi Muhammad dan kesucian Islam di bawah slogan kebebasan bersuara.
Majlis mengatakan bahawa, kebebasan bersuara datang dengan tanggungjawab sosial untuk saling menghormati hak orang lain dan tidak membenarkan eksploitasi agama untuk apa-apa tujuan sekalipun.
Majlis turut meminta umat Islam di Barat untuk mematuhi prinsip hidup berdampingan dan damai, serta meningkatkan sumbangan mereka terhadap pembangunan di negara mereka.
Sumber: GulfNews