Siakap Keli

Protein Berlebihan Juga Mengundang Padah, Ini sebabnya

Protein adalah nutrien penting yang harus kita amalkan setiap harinya. Nutrisi ini membantu tubuh memelihara otot, tendon, organ, kulit, enzim, hormon, neurotransmiter dan pelbagai molekul penting yang mempengaruhu banyak fungsi. Protein terdiri dari molekul disebut acid amino. Tubuh memang menghasilkan acid amino secara semula jadi. Namun, kita juga perlu mendapatkan pengambilan acid amino melalui makanan. Keperluan protein setiap orang berbeza-beza, tergantung dari tahap aktiviti, usia, jisim otot dan keadaan kesihatan tubuh secara keseluruhan.

Akan tetapi, rata-rata lelaki memerlukan sekurang-kurangnya 56 gram protein setiap hari. Sedangkan wanita hanya memerlukan 46 gram protein setiap hari. Namun, mengambil terlalu banyak protein juga boleh mencetus pelbagai risiko kesihatan.

Berikut kesan negatif mengambil terlalu banyak protein:

1. Penambahan berat badan

Diet tinggi protein memang membantu menurunkan berat badan. Namun, hal itu hanya berfungsi dalam jangka pendek. Pengambilan protein berlebihan justeru membuat tubuh menyimpannya sebagai lemak. Seiring waktu berjalan, keadaan ini boleh menyebabkan kenaikan berat badan.

2. Bau mulut

Mengamalkan protein secara berlebihan dapat menyebabkan bau mulut, terutama jika kita membatasi pengambilan karbohidrat. Jika anda mengurangkan pengambilan karbohidrat dan menggantinya dengan pengambilan protein, tubuh akan memasuki fasa ketosis yang boleh mencetus mulut berbau. Sekadar menggosok gigi saja tak boleh menghilangkan aroma yang tidak menyenangkan itu. Kita perlu memperbanyak minum air dan mengunyah gula-gula getah untuk menghilangkan bau mulut tersebut.

3. Dehidrasi

Kajian 2002 yang melibatkan atlet menemukan potein yang tinggi boleh menurunkan kadar air dalam tubuh. Akan tetapi, risiko atau kesan ini dapat diminimalkan dengan meningkatkan pengambilan air yang banyak.

4. Kerosakkan ginjal

Kelebihan protein mngeruhkan lagi keadaan orang yang telah mengalami gangguan ginjal. Hal ini kerana, acid amino pembentuk protein yang mengandungi nitrogen tinggi. Akibatnya, ginjal harus bekerja lebih keras untuk membuang lebihan nitrogen dan pembaziran metabolisme protein.

5. Risiko kanser meningkat

Pengambilan makanan tinggi protein, salah satunya daging merah dapat meningkatkan risiko kanser kolorektal, payudara, dan prostat. Hal ini ternyata kerana daging merah merupakan sumber protein tinggi, mengandungi lemak jahat dan hormon yang bersifat karsinogenik.

Sumber- Healthline

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.