Siakap Keli

TERKINI: Saintis Utama Ketuai Pembangunan Nuklear Iran Dilapor Maut Dibunuh Dalam Serangan Tembakan

Mohsen Fakhrizadeh, saintis terkemuka Iran, yang mana didakwa oleh Israel sebagai individu yang bertanggungjawab mengetuai pembangunan nuklear negara republik itu, dilapor maut dalam serangan tembakan di Timur Tehran.

Menurut laporan Al-Jazeera, Iran mendakwa serangan berkenaan didalangi oleh ‘pihak pengganas’, kata Menteri Luar.

Pihak berkuasa tempatan yang mengesahkan kematian Mohsen turut memaklumkan beberapa penyerangnya turut maut dalam insiden tersebut.

Mangsa ketika ini mengetuai Bahagian Pembangunan dan Inovasi yang berada dibawah pentadbiran Kementerian Pertahanan Iran.

Dalam pada itu, Israel masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kejadian berkenaan. Bagaimanapun menurut Al-Jazeera, Perdana Menterinya, Benjamin Netanyahu dalam satu sidang media sebelum ini pernah dilaporkan berkata ”Ingat nama individu ini”, yang merujuk kepada Mohsen.

Beberapa keping gambar dan video di lokasi kejadian menunjukkan sebuah kereta Nissan dipercayai dinaiki mangsa dengan kesan tembakan pada bahagian cermin sisi, dan tompokan darah atas jalan.

Saksi ditempat kejadian juga berkata mereka mendengar bunyi letupan sebelum bunyi tembakan bertalu-bertalu dilepaskan.

Setakat ini, tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab menjadi dalang serangan tersebut.

Sumber: Al-Jazeera

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.