Siakap Keli
Gambar Via CNN

Trump Dilapor Isytihar Twitter Sebagai Ancaman Kepada Negara AS

Bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, menegaskan bahawa Twitter sebagai ancaman negara setelah #DiaperDon tular selepas sidang media di mana beliau berulang kali ‘mengadu’ mengenai ketidakadilan yang dirasakan.

“Twitter mengeluarkan ‘Trend’ yang benar-benar palsu yang sama sekali tidak ada kaitan dengan apa yang sebenarnya sedang ‘trending’ di dunia.

“Mereka mencipta sesuatu yang negatif,” katanya menerusi satu kenyataan di Twitter.

Beliau tidak mengatakan topik ‘trend’ mana yang mengecewakannya namun ramai yang mengesyaki ia adalah #DiaperDon selepas sidang media yang menyaksikan beliau menyelar seorang wartawan.

“Untuk tujuan keselamatan nasional, seksyen 230 perlu dihapuskan dengan segera,” tambahnya.

Menurut portal Independent, ia merujuk kepada sebahagian undang-undang tahun 1996 yang melindungi laman web dari tuntutan undang-undang terhadap kandungan yang dimuatnaik oleh pengguna.

Sebarang perubahan pada perlindungan ini pada asasnya akan mengubah cara internet berfungsi.

Sumber: Independent

Sofea

There's always another side to every story