Siakap Keli

6 Pusat Pelancongan Di Seoul Yang Mempersona Ketika Musim Sejuk

Pemandangan turunnya salji yang romantis seperti dalam K-Drama boleh dinikmati secara nyata di berbagai tempat di Korea Selatan, termasuk di ibu kotanya, Seoul. Panorama kota metropolitan yang diselimuti salju membuat Seoul semakin mempersona di musim sejuk. Ada banyak tempat menarik yang boleh dikunjungi untuk melihat salji di Seoul. Banyak diantaranya bahkan menjadi latar dalam beberapa drama Korea.

1. Istana Seoul

Ada lima istana bersejarah yang terletak di sekitar Balai Kota Seoul dan kawasan perniagaan, iaitu Istana Gyeongbokgung, Istana Gyeonghuigung, Istana Deoksugung, Changgyeonggung Palace dan Changdeokgung Palace.

Istana-istana ini boleh dikunjungi sepanjang tahun. Namun, musim sejuk merupakan salah satu waktu terbaik untuk mengunjunginya kerana salji yang turun membuatkan istana-istana ini semakin indah mempersona. Selain seni bina yang bernilai tinggi, pelancong juga boleh menikmati pengalaman menjadi bangsawan Korea dengan berfoto sambil menggayakan pakaian tradisional Hanbok. Pelancong juga boleh melihat para penjaga istana melakukan upacara dan berjalan di tengah tembok-tembok yang tinggi.

Selain istana, pengunjung juga boleh mengunjungi daerah bersejarah Bukchon Hanok Village, dimana pemandangan utamanya ialah rumah tradisional Korea Selatan, hanok yang sedang diselimuti salju. Rasakan kedamaian saat berjalan di antara bongkah kayu dan jubin yang tertutup oleh salju. Sepanjang daerah merupakan tempat terbaik untuk mengabadikan kenangan tersebut dengan sekeping dua gambar. Jika sudah kedinginan, pelancong boleh berkunjung ke kafe untuk menikmati hirupan teh panas untuk menghangatkan badan.
2. Taman Nasional Bhukansan

Seoul mempunyai taman nasionalnya yang tersendiri iaitu Taman Nasional Bukhansan yang terletak di utara Seoul. Bukhansan bermaksud gunung Bukhan atau Gunung Han Utara. Gunung ini merupakan batas wilayah Seoul di sebelah utara.

Terdapat beberapa laluan yang boleh dipilih untuk melakukan aktiviti hiking di Gunung Bukhan berketinggian 836,5 dari paras laut. Setiap laluan akan membawa anda ke puncak yang berbeza. Puncak utama Bukhansan adalah puncak granit iaitu Baekunbong.

Salji yang menyelimuti Gunung Bukhan akan menjadi cabaran yang tersendiri saat mendakinya di kala musim sejuk. Namun, usaha akan terbayar saat tiba di puncak gunung untuk melihat keindahan penjuru Seoul yang bersalji.

3. Menara N Seoul dan Gunung Namsan

Menara N di Gunung Namsan merupakan destinasi wajib di musim sejuk saat mengunjungi Seoul. Pada zaman dahulu, menara ini digunakan untuk mengintai setiap pergerakan musuh dari luar dan dalam Seoul. Hanya perlu pendakian singkat dari Myeongdong ke puncak Namsan, lalu tiba di Menara N. Sepanjang perjalanan, pengunjung bakal ditemankan dengan dinding benteng dan pepohonan yang diseliputi salji.

Jika tak ingin lelah mendaki, pengunjung boleh menaiki cable car. Pusat bandar Seoul dan Taman Nasional Bukhansan akan dapat dilihat sepanjang perjalanan.

4. Seoul Forest

Seoul Forest merupakan taman besar yang terletak di daerah Seongsu. Pepohonan yang lebat, danau yang beku, ditambah dengan rusa yang berkeliaran akan memberikan pemandangan yang cukup ketika mengunjungi taman ini saat musim sejuk.

Taman ini juga mesra kanak-kanak. Terdapat pelbagai wahana yang boleh dinikmati secara percuma, seperti gelongsor dan buaian. Banyak juga pilihan kafe dan restoran serta beberapa galeri di sekitar Seoul Forest.

5. Tembok Benteng Seoul

Tembok Benteng Seoul atau Seoul’s Fortress Walls merupakan tembok megah bersejarah yang sudah berusia 600 tahun. Tembok ini menjadi saksi bisu yang melindungi Seoul dari penjajah.

Pelancong boleh menyusuri pejalan kaki yang tenang sambil melihat hiruk pikuk kota Seoul yang bersalji. Ada banyak cara menuju Tembok Benteng Seoul. Salah satu yang popular adalah berjalan dari Taman Naksan dengan panorama yang indah.

6. Lotte World Theme Park & Lotte World Tower

Lotte World Theme Park merupakan tempat melihat salji yang mesra kanak-kanak dan keluarga. Taman permainan ini terletak di tepi Danau Seokchon yang masih cantik. Pengunjung boleh melihat air membeku dengan salji di Pohon Sakura yang memberikan pemandangan mempersona.

Tak jauh dari sini, pengunjung juga boleh melihat bangunan tertinggi di Korea Selatan atau ke-enam di dunia, Lotte World Tower. Pengunjung boleh naik ke Seoul Sky Observatory untuk melihat pemandangan bangunan-bangunan pencakar langit yang ditimbuni salji di Seoul.

Pilihan lain untuk menikmati salju di Seoul adalah dengan ice skating. Ada banyak tempat untuk berseluncur di es di Seoul, yang paling populer adalah Seoul Plaza Ice Rink yang terletak di luar Balai Kota Seoul.

Sumber- CNNIndonesia

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: