Anda yang memiliki anak yang kerap kali disusahkan ketika anak terkencing dan membuat tilam basah. Akhirnya, tidak boleh dielakkan adalah tilam akan ada bau hancing. Jika tidak segera ditangani, maka kesan air kencing dan bau akan susah dihilangkan. Berikut cara menghilangkan bau hancing pada tilam dirujuk dari The Spruce.
Pertama, anda perlu pastikan adakah permukaan tilam masih basah atau masih terdapat genangan air. Jika ya, gunakan tisu dapur untuk menyerap air sebanyak mungkin. Anda juga boleh membilas tilam dengan air secukupnya. Apabila air kencing pada tilam sudah mengering, anda boleh membersihkannya dengan produk pembersih serbaguna. Selain itu, Anda juga boleh menggunakan baking dan cuka untuk pembersihan. Jika cara ini tidak berhasil menghilangkan kesan tersebut dan bau hancing pada tilam, gunakan hidrogen peroksida atau boraks.
Bahan-bahan yang dibutuhkan:
- Berus atau kain lap
- Botol semburan (jika perlu)
- Air
- Baking soda
- Cuka putih (pilihan)
- Hidrogen peroksida (pilihan)
- Boraks (pilihan)
1. Buat pes dari baking soda
Campurkan baking soda dan air, kacu hingga menjadi pes. Basahkan area yang terkena dengan air, kemudian taburkan baking soda pada area tersebut. Dengan menggunakan berus atau kain, gosokkan baking soda ke seluruh kesan pada tilam.
Diamkan area yang telah diletakkan baking soda hingga kering. Ketika sudah betul-betul kering, sedut area tersebut dengan vacuum cleaner.
2. Hilangkan bau hancing dengan cuka
Cuka adalah bahan yang tidak berbahaya, namun memang berbau. Namun demikian, jika anda tidak dapat bertolak ansur dengan bau pada tilam, cuka merupakan bahan efektif untuk menghilangkan kesan tersebut. Caranya, tuang cuka putih ke dalam botol semburan, spraykan pada area tilam yang terkesan.
3. Buat larutan hidrogen peroksida
Ingat, hidorgen peroksida beracun bila tertelan atau terhirup. Namun, bahan kimia ini merupakan pembersih dan penghilang bau yang efektif. Anda dapat menggunakan hidrogen peroksida terus dari botol atau dicampur air dengan perbandingan 1:2 terhadap air. Basahkan area terkesan oleh aor kencing dengan hidrogen peroksida yang dicairkan atau tidak.
5. Sapukan boraks pada kesan air kencing
Boraks adalah bahan kimia yang umum ditemukan dalam produk pembersih. Basahkan area yang kotor dengan air. Taburkan boraks di area tersebut. Dengan menggunakan berus atau kain, sapukan boraks. Ini akan membentuk pes nipis. Biarkan hingga kering. Ketika sudah betula-betul keering, sedut area tersebut dengan vacuum cleaner.
Sumber- Kompas.com