Siakap Keli

Jodoh Tak Kenal Usia, Pemuda 29 Tahun Sah Bergelar Suami Kepada Wanita 76 Tahun

Jodoh tidak mengenal usia. Begitulah pepatah yang boleh menggambarkan perkahwinan sepasang suami isteri di wilayah Ponorogo, Jawa Timur, baru-baru ini.

Pasangan ini dipisahkan oleh jarak usia sebanyak 47 tahun di mana pengantin perempuan, Yainem, berusia 76 tahun dan pengantin lelaki, Jamhar Ali Nursyahid, berusia 29 tahun.

Mereka melangsungkan akad nikah di rumah pengantin perempuan paada Jumaat (27 November) di Desa Dusun Bandungan.

Dalam majlis yang dijalankan secara sederhana dan disertai oleh ahli keluarga dan jiran terdekat, Yainem menerima mas kahwin sebanyak 200 ribu rupiah (RM57.830) dari Jamhar.

Mengimbas kembali detik pertemuan, kedua-dua mereka dikatakan terserempak ketika sedang membeli di sebuah pasar.

Oleh kerana merasa serasi ketika berkawan, mereka mengambil keputusan untuk mengakhiri hubungan tersebut dengan perkahwinan.

”Kami tidak bercinta. Kami juga kenal sendiri dan tidak dikenalkan oleh orang lain,” kata Yainem.

Sementara itu, Jamhar mengaku serasi setelah berkenalan antara satu sama lain. Walau usianya jauh lebih muda, dia mengaku mencintai Yainem.

”Lepas bertemu, saya tanya dia mahu atau tidak berkahwin. Kalau mahu, terus bernikah sahaja,” katanya.

Difahamkan, Yainem telah menjanda sejak suaminya meninggal dua tahun lalu dan tidak dikurniakan anak.

Jamhar pula merupakan duda yang bercerai empat tahun dan dia juga belum memiliki anak.

Sumber: ikilhojatim.com

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.