Siakap Keli
Sumber : Google

Makan Telur Rebus Setiap Hari Boleh Turunkan Berat Badan? 5 Khasiat Ini Anda Perlu Tahu

Telur rebus mempunyai banyak khasiat selain memberikan tenaga sepanjang hari. Tahukah anda, telur rebus juga memberikan manfaat lain kepada kita dalam mencegah penyakit dan mengekalkan kesihatan yang baik. Ramai dikalangan masyarakat kita memilih untuk makan telur yang digoreng berbanding dengan telur rebus.

Mungkin ramai tertanya-tanya boleh ke makan telur rebus setiap hari? Adakah makan telur rebus setiap hari boleh memudaratkan kesihatan?

Mari kita ketahui dengan lebih lanjut tentang khasiat makan telur rebus. Pengambilan setiap hari pasti akan membuatkan anda sentiasa amalkan dan boleh juga boleh dijadikan makanan bagi diet yang seimbang.

Mengurangkan Berat Badan

Telur rebus mempunyai kalori yang sesuai digunakan oleh kita seharian iaitu sebanyak 77 kalori, 5 gram lemak dan sedikit karbohidrat dalam jumlah yang kecil. Vitamin D banyak terkandung dalam kuning telur rebus ini yang memberikan kebaikan kepada anak-anak muda dalam pembentukan tulang dan juga boleh menguatkan sistem saraf dan gigi.

Kandungan protein yang tinggi dalam telur rebus dapat membina kekuatan otot dan juga boleh menghasilkan hormon dan enzim yang baik dalam badan kita. Hal ini kerana pada asasnya telur mempunyai asid amino yang tinggi, membolehkan kita menghasilkan antibodi yang kuat seterusnya membantu menentang virus dan pelbagai jangkitan penyakit.

Jadi bagi mereka yang mengidamkan berat badan yang ideal, boleh amalkan makan telur rebus pada waktu pagi kerana ia memberikan tenaga yang cukup lama sepanjang hari dan juga sebagai sajian utama sumber protein yang boleh dikekalkan setiap hari. Oleh itu, dengan makan telur rebus anda tidak perlu bimbang sekiranya kehilangan nutrisi dalam makanan.

Meningkat Daya Metabolisme

Telur rebus mengandungi  choline yang dapat menyeimbangkan kadar adiponectin sehingga ia boleh mengkatkan daya metabolisme dalam badan. Selain itu, ia juga dapat meningkatkan daya kesihatan badan ketika badan kita sedang memberi tindak balas kepada insulin dan dalam masa yang sama ia memudahkan proses pencernaan lemak. Choline yang terkandung dalam telur rebus dapat menghalang pembentukan lemak, kolesterol pada tubuh badan serta dapat mengawal buag pinggang dalam keadaan yang baik.

Kredit : Google

Tiada kandungan Gula

Kebiasaannya mereka yang ingin diet akan mengamalkan pemakanan seperti bijirin, yougurt dan roti. Tahukah anda, makanan diet seperti berikut mempunyai kadar kandungan gula, dan jika dimalkan setiap hari boleh meningkatkan kadar gula dalam badan yang tinggi. Berbeza pula dengan kandungan telur rebus yang tiada sebarang gula dan hanya mengandungi protein yang tinggi. Mungkin anda boleh menggantikan sarapan pagi anda dengan telur rebus bagi mengelakkan kadar gula yang sedikit dalam badan.

Baik Untuk Darah

Pengambilan telur rebus sebagai rutin harian dipercayai boleh merawat kesihatan jantung. Ia boleh mencegah pembekuan darah, dalam masa yang sama telur rebus ini boleh mencegah berlakunya risiko salurah pembuluh darah yang tersumbat serta dapat mengurangkan risiko diserang strok. Jelas dilihat telur rebus bukan sahaja memberi kita kenyang dan menghasilkan tenaga  sepanjang hari, malah dapat mengawal kesihatan yang baik juga.

Mengurangkan Risiko Penyakit Jantung

Walaupun ada sesetengah menolak pemakanan telur yang berlebihan kerana menganggap telur mempunyai kolesterol yang terlalu tinggi. Tahukan anda, sebiji telur mengandungi  212 mg kolesterol. Satu kajian telah dijalankan yang menyatakan kolesterol dalam makanan mempunyai tahap yang kecil dalam kolesterol dalam darah dan tidak mendatangkan sebarang risiko penyakit jantung. Kajian juga mendapati pengambilan telur rebus ini mendatangkan kolesterol yang baik iaitu ‘HDL’

Sumber : Google

Berapakah Kadar Pengambilan Telur Setiap Hari?

Sesetengah dari mereka yang mengamalkan pemakanan diet, membina kekuatan otot atau sebaliknya, mereka lebih gemar merebus sebanyak 4 hingga 5 biji dalam sehari.

Pengambilan waktu sarapan pagi boleh dihadkan kepada 1-2 biji dengan kepelbagaian sayuran seperti brokoli atau karot. Kajian mendapati pengambilan sebiji telur mampu mengekalkan sebagai pemakanan yang sihat dan tidak mendatangkan sebarang risiko penyakit. Namun begitu, bagi mereka yang mengalami penyakit kencing manis, masalah kolesterol dan sakit jantung perlu mengawal pemakanan telur rebus ini kerana pengambilan yang berlebihan boleh menyebabkan masalah koronari yang tersumbat.

Kawalan pemakanan dalam kehidupan mempengaruhi tahap kesihatan kita sama ada sihat atau sebaliknya. Anda perlu bersederhana dalam pemakanan dan jangan terlalu berlebihan. Sekirannya anda dapat mengawal dan menjaga pemakanan yang seimbang, anda mampu merialisasikan impian anda untuk mendapatkan badan yang ideal di samping dapat mengekalkan kesihatan yang baik pada harini dan juga pada masa akan datang.

Rujukan

(1) Farah Aziz (2020) Nak Amalkan Diet Telur Setiap Hari, Ambil Tahu Kelebihan & Keburukan Ini Terlebih Dahulu. Sumber dipetik daripada https://hellodoktor.com/gaya-hidup-sihat/pemakanan/diet-telur-adakah-ia-langkah-efektif/#gref

(2) Jayne Leonard (2018) Can eating eggs help you lose weight? Sumber dipetik daripada https://www.medicalnewstoday.com/articles/323251

(3) Dr. Joseph Ngeh, Dr.Mohd Daud Che Yusof & Dr. R. Sukumar a/l Rajaretnam (2012) Sumber dipetik daripada http://www.myhealth.gov.my/dewasa-penyakit-arteri-koronari/

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.