Siakap Keli

Terdapat Banyak Khasiat Terkandung Dalam Belimbing Yang Mungkin Anda Belum Tahu

Malaysia sebagai negara beriklim tropika adalah rumah bagi bermacam jenis buah-buahan. Ini membuat kita memiliki banyak pilihan untuk memenuhi keperluan nutrisi harian. Salah satu buah yang tumbuh subur di iklim tropika adalah belimbing. Buah dengan nama saintifik Averrhoa carambola ini yang mungkin ada segelintir masyarakat yang tidak tahu akan kewujudannya di Malaysia. Buah ini mempunyai rasa manis dan masam yang sangat menyegarkan.

Tapi, belimbing tidak hanya digemari kerana rasanya yang lazat tapi juga kerana nutrien yang terdapat dalam buah berbentuk bintang ini. Salah satu kandungan dalam belimbing yang mempunyai banyak manfaat untuk tubuh adalah vitamin C dan serat. Lebih lengkap, inilah kandungan nutrien dalam 100 gram belimbing segar merujuk Healthline.

  • Air 90 %
  • Kalori 36
  • Protein 0.4 gram
  • Lemak 0.4 gram
  • Karbohidrat 8.8 gram
  • Serat 3.2 gram
  • Kalsium 4 mg
  • Fosforus 12 mg
  • Zat besi 1,1 mg
  • Natrium 4 mg
  • Kalium 130 mg
  • Vitamin C (Vit. C) : 35 mg

Karbohidrat

Dipetik dari Verywell Fit, belimbing memiliki kurang dari 9 gram karbohidrat /cawan. Angka tersebut termasuk 3,2 gram serat dan 5,3 gram gula.

Lemak

Buah belimbing sangat rendah lemak. Dalam satu hidangan 100 gram belimbing hanya terdapat kurang dari 1/2 gram. Hal ini membuatkan buah ini sesuai untuk mereka yang sedang melakukan diet untuk menurunkan berat badan.

Protein

Belimbing bukan sumber protein yang baik. Hanya terdapat 0,4 gram protein dalam 100 gram buah belimbing.

Vitamin dan mineral

Buah belimbing merupakan sumber potasium, magnesium, kalsium, acid folat, selenium, tembaga dan zink yang baik. Beberapa vitamin yang larut dalam lemak yang terdapat dalam belimbing seperti vitamin E dan beta karotin. Di bahagian luarnya, buah segar ini merupakan sumber vitamin C yang baik dengan kandungan sekitar 35 mg dari 100 gram belimbing.

Senyawa lain

Merujuk Healthline, buah belimbing juga mengandungi zat lain yang membuatnya semakin sihat. Ini adalah sumber senyawa tanaman sihat yang sangat baik, termasuk quercetin, acid galat dan epikatekin. Senyawa ini memiliki sifat antioksidan yang kuat dan pelbagai manfaat kesihatan. Penelitian dalam International Journal of Food Sciences and Nutrition pada 2014 telah membuktikan, senyawa tanaman dalam buah belimbing terbukti dapat mengurangkan risiko lemak hati dan kolesterol pada tikus.

Penelitian lain kemudian dilakukan untuk melihat kemampuan senyawa dalam belimbing untuk mencegah kanser hati pada tikus. Terlebih lagi, beberapa bukti dari penelitian pada haiwan lainnya menunjukkan bahawa gula dalam buah belimbing dapat mengurangkan peradangan . Namun, penelitian untuk mengesahkan potensi manfaat buah belimbing pada manusia masih kurang.

Sumber- Healthline

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.