Siakap Keli

(Video) Graduan Ini Terkejut Sijil Ijazah Dalam ‘Parcel’ Poslaju, Sambut Majlis Konvokesyen Bersama Ibu

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Memandangkan pandemik Covid-19 yang semakin ‘mengganas’ dalam kalangan masyarakat dunia ketika ini, ternyata banyak urusan yang tertangguh dan digantikan dengan ‘norma baru’.

Kekecewaan bakal graduan ini beritkutan penangguhan majlis istiadat konvokesyen ini sedikit terubat apabila mendapat bungkusan daripada pihak universiti dan keluarganya mengadakan ‘majlis’ tersebut di rumahnya.

Penuntut Ijazah di Universiti Kuala Lumpur, Ahmad Nabil sangat teruja dan tidak sangka bungkusan yang diterimanya itu adalah transkrip dan cenderahati sebagai alumni di pusat pengajian tersebut.

Semalam aku received parcel ni. Langsung tak expect ni sijil ijazah. So, memang aku takde footage dengan abang postmen tapi yang penting dengan mak aku masuk sekali pakai uniform.

Pertama sekali. Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi, Allah SWT, kerana telah mengizinkan aku untuk menghabiskan pembelajaran dgn jayanya. Seterusnya, syukur kepada Allah SWT kerana kurniakan keluarga yang membantu dan membimbing sepanjang hidup aku.

Syukur kepada Allah SWT, kerana kurniakan peneman, rakan-rakan, lecturers yang hebat belaka di samping aku. Yang selalu bantu tak kira senang ke susah. Aku syukur sangat. Dan Alhamdulillah kawan aku semua pun berjaya. I love you guys doh.. you know who you are TERIMA KASIH.

Lastly, kepada kawan-kawan yang masih belajar. Belajar lah dengan ikhlas. Niatkan belajar kerana Allah. Pada yang masih belum bekerja, teruskan usaha. Teruskan doa, tawakal, dan usaha. Pada yang sudah bekerja, tahniah. Teruskan perjuangan dalam bidang pekerjaan. Untuk semua, teruskan perjuangan anda.

Abin niatkan, pahala sepanjang abin belajar ni untuk Abah

Untuk arwah abah, Abin dah habis belajar abah. Terima kasih sebab Abah banyak tunjuk ajar, tegur, nasihat dan bimbing. Banyak sangat perihal lain Abin tak sempat nak belajar daripada Abah. Abin niatkan, pahala sepanjang abin belajar ni untuk Abah. Moga dapat membantu Abah di sana.

Rindu sangat dgn Abah. Nanti abin ziarah abah ya.

Sumber: Ahmad nabil

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang