Siakap Keli
Gambar via Channel News Asia

Australia Dilapor Catat Rekod Suhu Tertinggi, Kebakaran Hutan Turut Dilapor

Suhu dijangka melintasi 40 darjah untuk hari kedua berturut-turut sementara Biro Meteorologi telah meramalkan gelombang panas lima atau enam hari untuk bahagian utara New South Wales dan tenggara Queensland.

Ramalan kenaikan suhu mendorong organisasi Pengendali Pasaran Tenaga Australia (AEMO) di mana kemungkinan berlakunya permintaan yang tinggi di New South Wales.

Menurut Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat NSW, terdapat kebakaran meletus termasuk satu di pinggir barat Sydney yang menyebabkan kerosakkan harta benda.

Lebih 60 unggun api masih marak tetapi sebahagian besar dikendalikan oleh pihak bomba ketika perubahan angin selatan menyebabkan penurunan suhu yang mendadak.

Ini adalah ledakan pertama dari aktiviti kebakaran hutan yang dahsyat di mana telah membakar kawasan seluas Inggeris dan menyebabkan 33 orang maut ketika cubaan menyelamatkan diri. Bukan itu sahaja, ia juga telah membunuh hampir tiga billion haiwan dan mengorbankan ekonomi sekitar $7 bilion.

Perkhidmatan Bomba Luar Bandar telah mengeluarkan larangan kebakaran sepenuhnya untuk sebahagian besar NSW timur dan timur laut, dengan mengatakan terdapat “ramalan bahaya kebakaran yang akan jadi lebih teruk” kerana angin panas dan berangin akan memperburukkan lagi keadaan kering.

Sumber: Channel News Asia

Nabila

Memilih untuk menjadikan pena sebagai duri yang memberi manfaat kepada manusia

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.