Siakap Keli
Gambar: Bernama

“Berhampiran Sekolah..,” JPJ Kongsikan 6 Kawasan Perlu Diberikan Tumpuan Ketika Memandu Di Jalan Raya

Tumpuan yang sepenuhnya amatlah penting terutamanya sedang memandu atau menunggang di atas jalan raya. Perkara ini adalah kerana pelbagai risiko yang tidak dijangka boleh berlaku kepada seseorang.

Selain itu, pemandu juga perlulah peka terhadap keadaan sekeliling terutamanya kawasan yang berisiko dan menjadi tumpuan. Antaranya ialah di kawasan persekolahan dan di kawasan perhentian bas, pemandu perlu memastikan keadaan sekelilingnya selamat bagi mengelakkan kemalangan daripada berlaku.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menerusi laman Twitter ada berkongsikan beberapa kawasan yang perlu diberi penekanan oleh pemandu supaya lebih berhati-hati.

  1. Waktu puncak atau jalan sesak.
  2.  Kehadiran kanak-kanak di jalan raya atau kawasan yang berhampiran. 3.
  3. Berhampiran perhentian bas.
  4. Dua lorong menjadi satu.
  5. Ketika di persimpangan lampu isyarat atau lorong dari pelbagai arah.
  6. Berhampiran sekolah, taman permainan atau pusat komuniti.

Sumber : JPJ Malaysia

Aziezzan