Jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di seluruh dunia kini melepasi angka 62 juta atau setepatnya 62,670,153 kes (setakat 10.40 pagi), menurut data yang dikongsikan oleh Universiti John Hopkins.
Daripada jumlah berkenaan, Amerika Syarikat kekal menjadi negara dengan kes tertinggi iaitu 13,374,162 kes, diikuti India dengan 9,392,919 kes dan Brazil dengan 6,314,740 kes.
Manakala angka korban pula 1,458,360 kes (setakat 10.40 pagi). Amerika Syarikat turut mendahului negara dengan kematian tertinggi setakat ini iaitu 266,838 kes kematian, diikuti Brazil dengan 172,833 kes dan India dengan 136,696 kes.
Bagi Malaysia pula, mengikut Kenyataan Akhbar Ketua Pengarah Kesihatan bertarikh 29 November, jumlah kes keseluruhan kes positif adalah sebanyak 64,485 kes. Manakala jumlah keseluruhan kes korban pula adalah 357 kes.
Semalam, Malaysia mencatat pertambahan kes baru sebanyak 1,309 kes manakala 3 kematian turut dilaporkan.
Sumber: Universiti John Hopkins