Siakap Keli
Gambar via Bernama

COVID-19: Lelaki Berusia 22 Tahun Antara 3 Kes Kematian Baharu Hari Ini

Putrajaya, 30 November – Sebanyak tiga lagi kematian akibat COVID-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan 360 korban di Malaysia.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kematian itu melibatkan pesakit di negeri Kedah, WP Labuan dan Sabah.

“Dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan tiga (3) kes kematian COVID-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 360 kes (0.55 peratus daripada jumlah keseluruhan kes),” lapor Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah sebentar tadi.

Kematian yang ke-358, iaitu kes ke-25,507 merupakan seorang lelaki berwarganegara Malaysia dari Kedah. Pesakit berusia 66 tahun yang dilaporkan mempunyai penyakit bawaan darah dan rendah imuniti itu disahkan meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah.

Kematian ke-359 pula melibatkan lelaki warganegara berusia 58 tahun yang mempunyai penyakit darah tinggi dan gout. Beliau disahkan meninggal dunia di Hospital Labuan.

Pesakit termuda yang disahkan meninggal dunia hari ini merupakan seorang lelaki berusia 22 tahun dari Sabah. Beliau yang dilaporkan mempunyai penyakit darah tinggi dan buah pinggang kronik disahkan meninggal dunia di Hospital Lahad Datu.

Takziah diucapkan buat keluarga mangsa.

Sumber: KKM

Amira

Love yourself.