Siakap Keli
Kredit: Google

Guna Bahan Di Dapur Saja, Tips Boleh Cuba Untuk Selesaikan Masalah Warna Baju Luntur Dan Terkena Pakaian Lain

Pasti ralat apabila baju yang baru dibeli tiba-tiba bertukar warna lepas pertama kali membasuhnya. Apatah lagi jika baju itu berwarna putih dan bertukar rupa gara-gara pakaian lain yang luntur warnanya.

Namun jangan risau, anda boleh mengembalikan warna asal pakaian putih itu dengan menggunakan bahan di rumah sahaja. Apa yang penting ialah, jangan sesekali keringkan pakaian itu kerana warnanya akan semakin sukar untuk dihilangkan.

Jadi, apa nak buat? Jom baca.

1. Pertamanya, cari dan perlu keluarkan pakaian yang luntur warnanya sebelum membuat basuhan kedua.

2. Gunakan peluntur oksigen tidak berklorin bersama sabun basuh baju anda untuk basuhan kedua kain yang terjejas.

Gambar hiasan. (Kredit: Google)

3. Basuh sehingga pakaian anda kembali bersih.

Sebagai alternatif, anda juga boleh menggunakan cuka untuk menggantikan peluntur. Jika tidak mahu menggunakan cara itu, anda juga boleh merendam pakaian yang terjejas dalam larutan soda bikarbonat. Campurkan satu cawan serbuk soda bikarbonat bersama air hingga tahap kepekatannya bersesuaian. Rendam semalaman dan basuh pakaian seperti biasa pada keesokan hari.

Selamat mencuba. Oh ya, jangan lupa asingkan baju putih dan berwarna ya selepas ini.

Sumber: The Spruce, Hunker

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.