Syarikat Jepun telah menghasilkan topeng muka dalam bentuk topeng bercetak 3D yang mirip seperti manusia. Kamenya Omoto, pembuat topeng di Tokyo menyatakan mana-mana individu yang ingin menjual wajah mereka untuk dijadikan topeng, individu tersebut akan memperoleh $380 (RM 1554). Namun, Kamenya ingin menghasilkan semula topeng muka tersebut dalam bentuk realistik dan menjualnya dengan anggaran $940 (RM 3842).
Menurut syarikat berkenan, sekiranya wajah anda mendapat sambutan ramai, anda juga akan diberikan peratusan keuntungan.


Tambahnya, projek yang dikenali sebagai “The Face” tersebut mendapat kritikal oleh masyarakat kononnya bertujuan untuk memberikan ilmiah kepada idea membeli dan menjual wajah.
Sesiapa yang berumur lebih dari 20 tahun dan berpusat di Tokyo boleh memohon untuk menjual wajah mereka untuk mendapatkan keuntungan. Walau begitu, sekiranya wajah mereka terpilih, mereka tidak dibenarkan untuk mendedahkan identiti mereka kepada umum.
Sekiranya pelanggan berminat untuk mengenakan wajah orang lain sebagai topeng, pelanggan perlu membuat pesanan awal. Jika pelanggan mahukan pilihan, syarikat akan memberitahu topeng wajah-wajah yang tersedia.
Sumber: Oddity Central