Siakap Keli

Khas Untuk Belia Yang Menganggur, Ini Program Untuk Anda Rebut Peluang Kerja, Siap Ada Elaun Hingga RM1,000

Ketika ini, seluruh negara dan dunia diserang wabak pandemic Covid-19. Kesan pandemic ini sangat besar untuk ekonomi negara. Ramai individu yang kehilangan pekerjaan, pendapatan dan tidak kurang juga ada yang terpaksa beralih kerjaya dari bidang A ke bidang B demi kelansungan hidup seharian.

Bagi menangani kadar pengangguran yang semakin meningkat ini, kerajaan di bawah inisiatif Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Sumber Manusia melancarkan satu skim iaitu Skim Perantisan Nasional atau dikenali sebagai SPN. SPN ini adalah satu program di bawah inisiatif kolaborasi rentas kementerian yang dilaksanakan oleh KBS khusus untuk melonjakkan kebolehpasaran belia dan menyediakan peluang latihan serta peluang pekerjaan.


Pelbagai manfaat yang akan diperoleh oleh belia jika mereka menyertai program SPN ini. Antaranya ialah:
1. Belia berpeluang menimba pengalaman dan mempraktikkan pengetahuan yang dipelajari dalam realiti pekerjaan sebenar.
2. Meningkatkan potensi diri dan memperoleh kemahiran yang diperlukan melalui pemantauan dan tunjuk ajar tenaga kerja berpengalaman.
3. Membantu menangani kesukaran belia mencari dan mendapatkan pekerjaan.
4. Mewujudkan peluang pekerjaan dan mengurangkan kadar pengangguran.
5. Pengalaman yang diperoleh semasa menyertai program ini boleh dijadikan sebagai sandaran dan sokongan untuk mendapatkan tawaran pekerjaan berstatus tetap yang lain.

Program SPN ini juga bakal memberi manfaat kepada majikan. Antaranya ialah subsidi upah PENJANA sebanyak RM600 dalam tempoh enam bulan. Selain itu, subsidi latihan RM4,000 seorang. Kedua-dua manfaat ini adalah kolaborasi Bersama PERKESO dan HRDF.

Jika anda terpilih sebagai perantis dalam program SPN ini. Ini antara manfaat yang akan anda terima:

1. Elaun mobiliti untuk pertukaran perpindahan tempat kerja melebihi 100km
• RM600 seorang di antara Semenanjung/Sabah/Sarawak/Labuan
• RM1,000 seorang daripada Sabah/Sarawak/Labuan ke Semenanjung atau sebaliknya.
Pembayaran one-off setelah perantis melaporkan diri kepada majikan.

2. Latihan soft-skill secara percuma
• Kemahiran social (Pengucapan awam dan Teknik penulisan)
• Proses skills (Kemahiran negosiasi)
• Kemahiran generik ( Pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah).

Syarat-syarat untuk permohonan belia menyertai program SPN adalah seperti berikut:

1. Warganegara Malaysia
2. Berumur tidak melebihi 35 tahun
3. Lepasan SPM/STPM/Diploma/Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf kerajaan dalam dan luar negara atau dalam negara.
4. Sanggup mengikuti program sepenuh masa
5. Boleh berkomunikasi dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik.
6. Tiada bankrap
7. Tiada rekod jenayah.

Permohonan boleh dilakukan secara online di SINI. Permohonan terus akan diterima oleh sekreteriat dan padanan untuk proses temuduga syarikat akan dijalankan. Selepas Berjaya dalam sesi temuduga, anda akan terus layak menyertai program Skim Perantisan Nasional.

Para majikan yang ingin menyertai program SPN ikuti Langkah-langkah seperti tertera di bawah:

1. Majikan perlu menghubungi sekreteriat di talian 03-88713265 atau 03-88713264 atau 03-88713463 atau majikan boleh menghantar emel di alamat [email protected]
2. Borang permohonan boleh didapati daripada pihak sekreteriat SPN dan antara dokumen yang diperlukan adalah:
• Sijil SSM ( Syarikat digalakkan berdaftar dengan HRDF dan PERKESO)
• “Letter of intent” (Surat Permohonan menyertai SPN) kepada KBS.
3. Sekreteriat akan menjemput majikan untuk sesi pembentangan
4. Sekreteriat akan menghubungi majikan untuk memaklumkan keputusan.

Jadi tunggu apa lagi, kepada lepasan SPM mahupun graduan yang masih menganggur. Jangan lepaskan peluang terbaik ini untuk mengasahkan kemahiran anda di bawah program SPN. Maklumat lanjut boleh layari ebelia.iyres.gov.my sekarang.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.