Sebuah meteor dilihat menjunam dari langit di kawasan yang luas di Jepun telah menarik perhatian di televisyen dan media sosial.
Meteor itu bersinar ketika menjunam dengan pantas melalui atmosfera bumi pada hari Ahad yang lalu. Ramai orang di Jepun barat melaporkan di media sosial kerana melihat pemandangan yang jarang berlaku itu. Televisyen awam NHK mengatakan, terakam oleh kamera di wilayah tengah Aichi, Mie dan di tempat lain menangkap bebola api itu.

Sebuah kamera di pelabuhan Nagoya menunjukkan meteor bersinar terang seperti bulan purnama ketika mendekati Bumi, lapor akhbar Asahi.
Beberapa pakar mengatakan serpihan kecil meteorit mungkin telah berada ke tanah.
Sumber : The Independent