Siakap Keli
Kredit: Bernama

Pegawai Kanan Kesihatan Thai Meninggal Dunia Ketika Sertai Acara Larian

BANGKOK, 29 Nov (Bernama) — Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Kawalan Penyakit Thailand Dr Assadang Ruayajin rebah ketika menyertai satu acara larian pagi ini dan meninggal dunia ketika dibawa ke hospital di wilayah Sing Buri.

Kementerian Kesihatan Awam Thailand dalam satu kenyataan hari ini berkata kejadian berlaku semasa Dr Assadang, 59, mengambil bahagian dalam Maraton Separuh-Mini Thin-Werachon di Taman Memorial Bang Rachan, Sing Buri.

Menurut kenyataan itu, Dr. Assadang rebah ketika berlari dan tidak sedar diri sebelum diberi bantuan kecemasan oleh petugas paramedik, dan dibawa ke Hospital Bang Rachan.

“Pesakit masih tidak sedarkan diri ketika tiba di hospital pada pukul 6.00 pagi (waktu tempatan).

“Doktor kemudian melakukan bantuan CPR selama satu jam setengah dan menggunakan defibrillator luaran automatik sebanyak lima kali. Dr Assadang disahkan meninggal dunia pada pukul 7.15 pagi akibat kegagalan jantung akut,” kata kenyataan itu.

Sumber: BERNAMA

Amira

Love yourself.