Siakap Keli
Kredit: Google

Polis Siasat Dakwaan Anggota Pukul Pekerja Warga Myanmar

SEREMBAN, 29 Nov (Bernama) — Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyiasat dakwaan seorang anggotanya memukul pekerja kilang warga asing dalam kejadian yang dipercayai berlaku di Taman Jasmin, Senawang di sini dan klip video kejadian ditularkan menerusi media sosial petang tadi.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Mohd Said Ibrahim berkata beliau telah dimaklumkan mengenai klip video berkenaan dan siasatan dijalankan bagi mengesahkan sama ada benar anggota polis terlibat dalam kejadian itu.

“Jika benar, satu laporan polis akan dibuat dan siasatan sewajarnya akan dijalankan. Tiada sesiapa dibenarkan mengatasi undang-undang sedia ada,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Klip video berdurasi enam saat itu memaparkan seorang lelaki beruniform seperti PDRM menendang seorang pekerja asing berkali-kali.

Ketika kejadian, mangsa yang dipercayai warga Myanmar sedang duduk secara berderet bersama-sama rakannya yang lain sementara menunggu giliran menaiki bas untuk dibawa ke pusat kuarantin.

Sumber: BERNAMA

Amira

Love yourself.