Siakap Keli
Gambar via video snapgab by Vala Akshar

(Video) Rakan-rakan Sorak Bagi Sokongan, Budak Ini Berjaya Patahkan Papan Walau Gagal Untuk Percubaan Pertama

Sokongan daripada orang sekeliling sememangnya sangat penting bagi kebanyakan orang. Apa tidaknya, semangat yang disuntik oleh mereka dapat menjana lebih keyakinan dalam diri seseorang.

Satu rakaman video yang menyentuh hati, kanak-kanak lelaki ‘beginner’ dalam seni mempertahankan diri tidak mampu untuk mematahkan papan yang dipegang oleh jurulatihnya.

Video berdurasi 57 saat, yang dikongsikan oleh seorang pengguna bernama @ValaAfshar memaparkan seorang kanak-kanak lelaki yang baru mempelajari seni mempertahankan diri dengan ‘white belt’  cuba untuk mematahkan satu papan yang dipegang oleh jurulatihnya.

Pada percubaan pertama, budak lelaki itu terjatuh dan dibangunkan semula oleh rakannya. Setelah beberapa kali percubaan, kanak-kanak itu dilihat mula menangis dan berasa lemah kerana merasakan dirinya tidak mampu untuk meneruskan ujian itu.

Atas sorakan dan sokongan yang padu daripada ibu bapa dan rakannya yang berada disitu, kanak itu mencuba untuk kali terakhir dan berjaya seterusnya dipeluk oleh rakannya.

Setiap insan mempunyai potensi dan kemampuan yang tersendiri untuk menjadikan dirinya sebagai siapa dia pada hari mendatang.

Sumber : @Vala Afshar

Aziezzan