Siakap Keli
Gambar via Metro UK

Waktu Kecil Takut Nak Bagitahu Ibu, Doktor Berjaya Keluarkan Syiling Selepas 53 Tahun ‘Bersarang’ Dalam Hidung Lelaki Ini

Seorang lelaki warga Rusia, 59, telah berjaya mengeluarkan duit syiling dari hidungnya setelah lebih setengah abad. Hal ini disebabkan, dirinya terlalu takut untuk memberitahu ibu apa yang telah berlaku, suatu ketika dahulu,

Menurut kaporan, dirinya takut kerana ibunya seorang yang tegas sehingga menyebabkan dia terlupa akan hal tersebut.

Perkara tersebut berlaku ketika usianya enam tahun, dirinya telah memasukkan syiling ke dalam lubang hidung kanannya.

Baru-baru ini, lelaki itu mengadu tersumbat pada bahagian hidung kanannya sehingga menyukarkan dirinya untuk bernafas. Dirinya nekad untuk menjalani pemeriksaan di sebuah hospital dan doktor mengesahkan terdapat objek asing di saluran hidungnya.

Gambar via Metro UK

Oleh disebabkan itu, lelaki tersebut terpaksa menjalani pembedahan endoskopi dengan anestetik umum untuk membuang batu dan mengambil syiling tersebut.

Sumber: Metro UK

Nabila

Memilih untuk menjadikan pena sebagai duri yang memberi manfaat kepada manusia