Siakap Keli
Kredit gambar: Artortoise/Ikhsan Ise

Kartunis Komik ‘Artortoise’, Ikhsan Kamarudin Meninggal Dunia

Pembukaan 1 Disember hari ini diiringi air mata apabila kartunis komik dakwah Artortoise, saudara Mohamad Ikhsan Kamarudin (@ikhsanise Artortoise) telah meninggal dunia pada 1.37 tengah malam tadi.

Pengumuman duka ini diumumkan menerusi laman Facebook rasmi Artortoise pagi ini.

“Sehubungan itu kami bagi pihak Artortoise ingin memohon ampun dan maaf kepada sesiapa yang mengenali beliau sekiranya Allahyarham ada terbuat salah silap atau ada karya-karya beliau yang menyinggung sesiapa, sama ada secara sengaja dan tidak sengaja,” katanya.

Justeru, pihak Artortoise memohon doa daripada semua pengikut dan peminatnya serta warganet agar urusan perjalanan arwah bertemu Penciptanya dipermudahkan.

Difahamkan, jenazah akan dikebumikan di Bandar Seri Putra, Kajang pagi ini.

Allahyarham Ikhsan Kamarudin | Kredit: Artortoise

“Terima kasih kerana sentiasa menyokong Artortoise selama ini. Insya-Allah Artortoise akan kembali semula suatu hari nanti,” tambahnya.

Mengimbas kembali, arwah Ikhsan sebelum ini menghidap kanser pangkal hidung tahap tiga, selain turut dimasukkan ke Hospital Selayang untuk menerima rawatan bagi komplikasi Hepatitis B atau hati sejak 22 Oktober lalu.

“Setakat ini (ketika itu), masih tiada perkembangan positif dan tahap kesihatannya semakin merosot disebabkan sistem pertahanan badannya yang sangat lemah selepas menjalani kemoterapi untuk kanser,” jelas laman tersebut dalam satu hantaran pada 29 Oktober lalu.

Siakap Keli mengucapkan salam takziah buat arwah. Al-Fatihah.

Assalamualaikum WBT…Dukacita dimaklumkan bahawa saudara Mohamad Ikhsan bin Kamarudin ( @ikhsanise Artortoise ) telah…

Posted by Artortoise on Monday, November 30, 2020

Sumber: Artortoise

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.