Siakap Keli
Gambar via @hollyhunter101

(Video) Wanita Temui Bilik ‘Rahsia’ Disebalik Pintu Misteri Selepas 14 Tahun Menetap, Ada ‘Barang’ Berusia Hampir 5 Dekad Tersimpan

Seorang pengguna aplikasi TikTok menjumpai bilik rahsia di sebalik pintu misteri di rumah tempat dia tinggal selama 14 tahun. Holly Hunter menemukan suatu ruangan yang tersembunyi dan beberapa barang yang yang berusia melebihi satu dekad. Videonya telah meraih sebanyak 1.6 juta tontonan dan sebanyak 189 600 tanda suka.

“Saya tinggal di rumah ini selama 14 tahun dan saya selalu tertanya-tanya apa yang ada di sebalik papan di bilik saya.

“Saya agak takut. Saya tidak percaya bahawa saya mengambil masa yang lama untuk melihatnya,” tulisnya.

@hollyhunter101

There’s so many things I could do!! Suggestions please 😯 #fyp #viral #trend #trending #foryoupage #secretroom #shocked #wasntexspectingthat #scary

♬ CITY OF ANGELS 24KGoldn Funk Remix – LLusion

Dalam video tersebut, Holly, dari Hertfordshire, melepaskan beberapa skru dan kemudian membuka papan kayu dari dinding.

Kemudian, Holy memegang telefonnya lalu menunjukkan bilik kecil dengan blok kayu, wayar dan paip yang terdedah, dinding bata ke arah belakang, dan jaring labah-labah.

Di lantai, Holly menjumpai potongan helai kertas tentang kartun dari Tiga Orang Bijaksana dan biri-biri, yang berasal dari buku kanak-kanak, dan bahagian surat kabar yang sudah koyak.

Halaman surat kabar yang terkoyak berasal dari tahun 1970-an, kerana ia menyebut Sir Alastair Down sebagai ketua Burmah Oil, jawatan yang dipegangnya pada dekad itu.

@hollyhunter101

I could make a short series out of this 😂 #secretroom #part2 #advice #fyp #foryoupage #trend #trending #viral #bored #covid19 #project #coraline #omg

♬ Close Encounters – HuntorPrey

Sumber: Mirror UK

Nabila

Memilih untuk menjadikan pena sebagai duri yang memberi manfaat kepada manusia