Memasang pendakap gigi dapat membantu memperbaiki susunan gigi. Namun, banyak orang melakukan bebera kesalahan ketika menggunakan pendakap.
Kesalahan ketika menggunakan pandakap gigi ini dapat merosakkan dawai atau alat yang digunakan. Kesalahan ini juga dapat melambatkan proses perawatan pendakap gigi. Hasil dari penggunaan pendakap gigi pun boleh jadi tak maksimum.
Hindari beberapa kesalahan ini agar penggunaan pendakap gigi boleh memberikan hasil yang optimum. Berikut 5 kesalahan yang sering dilakukan saat menggunakan kawat gigi:
1. Mengunyah gula-gula getah
Mengunyah gula-gula getah dan makan sejumlah makanan yang bersifat kenyal boleh merosakkan pendakap gigi. “Gula-gula getah dapat menyebabkan kerosakan pada pandakap oleh kerana teksturnya yang kenyal,” kata doktor specialist ortodontist M. Fahrul Rozi dalam webminar Kalbe, beberapa waktu lalu.
2. Menggigit makanan keras
Menggigit makanan yang keras dapat membuat alat tercabut dari gigi, sehingga pendakap gigi tak lagi boleh bekerja dengan baik. Oleh sebab itu, hindari makan makanan yang keras atau hancurkan makanan terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam mulut.
“Semuanya boleh dimakan, tapi cara makannya harus diperhatikan. Kalau keras, dipecahkan dulu, dibahagi menjadi dua atau tiga. Jangan terus digigit,” kata Fahrul.
3. Kawalan tidak tepat waktu
Penggunaan kawat gigi harus dikawal secara berkala. Biasanya antara setiap 3 ke 4 minggu. Doktor akan memaklumkan jadual kawalan berikutnya untuk melakukan tindakan pada pendakap. Namun, banyak orang tidak akan datang tepat pada waktu dan menunda temujanji dengan doktor gigi untuk pemeriksaan, terutama di masa pandemik Covid-19 ini.
Padahal, menunda berjumpa dengan doktor gigi dapat mencetus pergerakan gigi dan membahayakan. “Perawatan ortodontic dianggap perawatan kecemasan jadi harus dikawal tepat pada waktunya, kerana bimbang terjadi pergerakan gigi yang tidak terkawal dan dapat menimbulkan penyakit mulut,” ucap Fahrul.
4. Memasang dengan yang bukan pakar diiktiraf
Banyak orang memilih memasang pendakap bukan dengan doktor gigi yang diiktiraf kelayakannya. Doktor pakar gigi yang memasang pandakap adalah doktor gigi specialist ortodontic.
Doktor gigi specialist ortodontic adalah bidang kedokteran gigi yang mempelajari tentang estetika, keadaa gigi, rahang dan wajah. Memasang pendakap di tukang gigi yang tidak diiktiraf boleh membahayakan gigi dan mulut.
5. Tidak membersihkan gigi dengan benar
Banyak pengguna kawat gigi tidak membersihkan gigi dengan baik secara menyeluruh. Gunakan sikat gigi khas yang dapat menjangkau bahagian gigi yang tertutup pendakap. Pastikan sela-sela gigi juga ikut bersih. Gigi tidak bersih dapat membuat karang gigi menumpuk dan mencetus berbagai penyakit.
Sumber- CNNIndonesia